Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Telah Dibuka, 2 Cara Permohonan Yang Boleh Anda Apply
Mulai 1 Januari 2021, semua rakyat Malaysia boleh membuat pendaftaran dan kemas kini Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sehingga 31 Januari 2022 ini.
Jadi, anda semua hanya mempunyai masa selama 1 bula sahaja untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat masing-masing untuk permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM).
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan serta mengemaskni Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) seperti yang ditetapkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri?
DATA AUTOMATIK
Isi Kandungan
Data daripada 4 kategori berikut akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk disemak silang kelayakan mengikut syarat yang ditetapkan iaitu:
- Penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021
- Penerima Bantuan Khas Covid (BKC) B40 2021
- Pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima Geran Khas Prihatin
- Data agensi Kerajaan yang lain merangkumi data e-kasih, bantuan JKM, penghuni Perumahan Awam atau Projek Perumahan Rakyat dibawah DBKL dan KPKT, Orang Asli JAKOA, gelandangan berdaftar dengan KPWKM dan DBKL, ibu tunggal berdaftar dengan KPWKM, penerima Skim Insurans Pekerjaan PERKESO dan penerima zakat atau baitulmal di Lembah Klang.
Untuk info lengkap sila rujuk: Tarikh Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM), Kelayakan & Cara Mohon. Bayaran Sehingga RM2,500
2 CARA DAFTAR & KEMASKINI BKM
Terdapat 2 cara untuk mendaftar dan mengemaskini maklumat untuk Bantuan Keluarga Malaysia iaitu:
1. Online
- Anda boleh membuat permohonan secara online sahaja melalui pautan berikut: https://bkm.hasil.gov.my/
- Klik Permohonan Baharu dan lengkapkan borang permohonan.
- Permohonan secara online boleh dibuat mulai 1 hingga 31 Januari 2022.
2. Manual/Fizikal
- Anda perlu hadir ke Cawangan LHDNM, Pejabat Satelit (PS) LHDNM, Pusat Khidmat hasil (PKH) LHDNM dan Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM
- Kemudian isi dan kemukakan Borang Permohonan BKM
- Anda boleh membuat permohonan secara manual/fizikal mulai 3 hingga Januari 2022.
- Rujuk jadual dibawah:
Pemohon perlu membuat Kemas Kini adalah:
- Individu, pemohon BPR 2021 termasuk tidak lulus BPR 2021 disebabkan menerima GKP dan penerima BKC (B40) yang mempunyai rekod dalam sistem BKM boleh mengemaskini permohonan.
Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu adalah:
- Pemohon yang tiada rekod dalam sistem BKM atau tidak menerima BPR 2021, BKC (B40) dan GKP.
- Berpendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
- Berpendapatan RM2,500 dan ke bawah untuk individu bujang/tiada pasangan/tiada anak menepati syarat.
JUMLAH PEMBAYARAN ASAS BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM)
Penerima BKM yang layak akan mendapat bayaran seperti berikut:
KENYATAAN MEDIA
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.