Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Bantuan RM30,000 Oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Untuk Koperasi Yang Terjejas Banjir

1,013

Anggota koperasi yang terjejas perniagaan berikutan bencana banjir boleh memohon bantuan yang disediakan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Menurut Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa), Datuk Abdul Fattah Abdullah, anggota koperasi yang terjejas perniagaan mereka dipelawa untuk membuat permohonan secara online sahaja menerusi Tabung Bantuan Bencana SKM.

Anggota koperasi yang merupakan mangsa banjir boleh membuat permohonan mulai sekarang mengikut syarat dan kaedah yang telah ditetapkan oleh SKM.

INFO RINGKAS TABUNG BANTUAN BENCANA SKM

Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi (TBK) diwujudkan bagi membantu koperasi-koperasi yang terjejas dan menghadapi masalah; khususnya akibat dari bencana alam atau faktor-faktor lain di luar kawalan.

Ianya bertujuan bagi membolehkan koperasi-koperasi ini berupaya membangunkan semula aktiviti ekonominya.

Pengendalian Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi ini adalah tertakluk kepada peruntukan Peraturan-Peraturan Koperasi (Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi) 2010.

JUMLAH BANTUAN KOPERASI

Anggota koperasi yang terjejas banjir akan menerima bantuan sehingga:

  • RM30,000 bagi membiayai kerosakan dan kerugian prasarana

Antara insentif-insentif lain yang disediakan pula adalah seperti berikut:

  • Pengurangan pemindahan Kumpulan Wang Rezab Statutori (KWRS).
  • Penangguhan Audit akaun koperasi di negeri-negeri terjejas banjir.

TARIKH BANTUAN & INSENTIF

Datuk Abdul Fattah Abdullah berkata, anggota koperasi yang berjaya dalam permohonan akan menerima bantuan dan insentif mulai tahun kewangan:

  • 31 Disember 2021 sehingga 30 November 2022

SYARAT PERMOHONAN BANTUAN BENCANA SKM

Anggota koperasi boleh membuat permohonan seperti syarat berikut sekiranya berminat untuk memohon Bantuan Bencana SKM:

  1. Semua koperasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993 (Akta 502) adalah layak untuk memohon.
  2. Mengemukakan laporan polis beserta gambar.
  3. Jumlah anggaran kerosakan ketika banjir yang tidak melebihi nilai RM30,000.

CARA MOHON

Sekiranya layak dan memenuhi syarat permohonan, anda boleh membuat permohonan secara online menerusi pautan SKM berikut:

Sekiranya anda ingin mohon bantuan-bantuan yang lain termasuk Bantuan Keluarga Malaysia, anda boleh berbuat demikian melalui pautan berikut:

  1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Telah Dibuka, 2 Cara Permohonan Yang Boleh Anda Apply
  2. Ini 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon Mangsa Banjir Melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia
  3. Cara Mohon Bantuan Bencana Banjir KWPPL 2021, Bantu Pelaut Terjejas
  4. [SAVE] Rebat RM500 Buat Mangsa Banjir Beli Peralatan Elektrik Bermula 7 Januari 2022

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Jika anda inginkan makluma lanjut mengenai permohonan Bantuan Bencana SKM sila dapatkan di:

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...