Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Permohonan Dibuka! Guna Sijil SPM Sahaja Untuk Mohon Jawatan Sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19

1,571

Peluang terbaik untuk pemilik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dimana anda boleh memohon jawatan sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19.

Permohonan mestilah melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA9) iaitu secara online sahaja.

Dapatkan info lengkap megenai jawatan sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19, cara mohon serta syarat-syarat lantikan yang ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia melalui SPA9.

INFO RINGKAS JAWATAN PEGAWAI IMIGRESEN GRED KP19

Berikut adalah beberapa info ringkas mengenai jawatan sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19 sebagai rujukan anda:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Keselamatan dan Pertahanan Awam
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Imigresen Malaysia
  • Gaji Minimum: RM1,360.00
  • Gaji Maksimum: RM4,052.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM100.00

SYARAT LANTIKAN

Syarat-syarat lantikan yang ditetapkan untuk permohonan jawatan Pegawai Imigresen Gred KP19 ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,360.00)
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,416.40)
  • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    (Gaji permulaan pada Gred KP19: RM1,472.80)
  • Sila rujuk senarai bidang berkaitan di peringkat SKM yang diperakukan bersesuaian mengikut skim perkhidmatan di Laman Web EZSkim (pautan: https://www.interactive.jpa.gov.my/ezskim/).
  • Pemohon dengan kelayakan SKM hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “SKM”.

Syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera pula:

  • Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu.
  • Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  • Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja).
  • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
  • Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
  • Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu yang ditetapkan pula ialah:

  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

DESKRIPSI TUGAS

Antara tugas-tugas sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19:

  • Bertanggungjawab menjalankan tugas mengeluarkan pasport dan dokumen perjalanan
  • Mengeluarkan visa, pas dan permit
  • Mengawal selia pergerakan keluar masuk di pintu-pintu masuk yang diwartakan
  • Memberi perkhidmatan sokongan yang berkualiti dan efisien kepada pelanggan jabatan untuk memantapkan lagi pengurusan organisasi serta meningkatkan mutu perkhidmatan imigresen bagi memenuhi aspirasi rakyat dan negara.

CARA MOHON

Untuk membuat permohonan, sila klik pautan Borang SPA9 di bawah :

IKLAN JAWATAN

Permohonan Dibuka! Guna Sijil SPM Sahaja Untuk Mohon Jawatan Sebagai Pegawai Imigresen Gred KP19

Bagi yang belum pernah mendaftar SPA9, anda boleh dapatkan cara mendaftar SPA9 dipautan berikut:

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebagai persediaan menghadapi temuduga.

Baca juga: 7 Perkara Kena Buat Selepas Temuduga. Jangan Ingat Tak Ada Markah Tau!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...