Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Ini 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon Mangsa Banjir Melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

1,382

Tahukah anda bahawa terdapat 6 jenis inisiatif yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia kepada mangsa bencana banjir baru-baru ini?

Malah, jumlah keseluruhan 6 jenis inisiatif ini adalah sehingga RM61,000 untuk dimanfaatkan oleh mangsa-mangsa bencana banjir kali ini.

Jom kita lihat apakah jenis-jenis bantuan yang bakal disalurkan oleh Kerajaan Malaysia kepada mangsa banjir yang terlibat seperti yang dikongsikan disini.

6 INISIATIF BANTUAN BENCANA BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Selain daripada Bantuan Wang Ihsan yang diberikan kepada mangsa banjir, 6 inisiatif yang diberikan adalah seperti berikut:

  1. Sumbangan Pembelian Barangan Keperluan
  2. Bantuan Baik Pulih Rumah
  3. Rebat Pembelian Barangan Elektrik
  4. Rebat Bil Elektrik
  5. Diskaun Baik Pulih Kenderaan
  6. Rebat Baik Pulih/Penggantian Baharu Kenderaan

Ini 6 Inisiatif Yang Boleh Dimohon Mangsa Banjir Melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia

PERINCIAN 6 INISIATIF BANTUAN BENCANA BANJIR KELUARGA MALAYSIA

Dapatkan perincian 6 inisiatif Bantuan Bencana Banjir Keluarga Malaysia seperti berikut:

1. Bantuan Wang Ihsan (BWI) 

  • Bantuan Wang Ihsan (BWI) sejumlah RM1,000 untuk setiap Ketua Isi Rumah terkesan dan bantuan kematian RM10,000 kepada waris mangsa

2. Sumbangan Pembelian Barangan Keperluan

  • Sumbangan Pembelian Barang Keperluan sejumlah RM2,500 bagi mangsa yang mengalami kerosakan barangan/peralatan rumah akibat kediaman ditenggelami air.

3. Bantuan Baik Pulih Rumah

  • Bantuan Baik Pulih Rumah sehingga RM5,000 bagi membaik pulih rumah yang terjejas. Bagi kerosakan serius, Kerajaan menyediakan bantuan sehingga RM15,000 dan RM56,000 untuk pembinaan semula rumah yang musnah

4. Rebat Pembelian Barangan Elektrik

  • Rebat Pembelian Barangan Elektrik RM500 bagi menggantikan barangan-barangan elektrik yang rosak akibat banjir

5. Rebat Bil Elektrik

  • Rebat Bil Elektrik 100% bagi bulan Disember

6. Diskaun Baik Pulih Kenderaan

  • Diskaun Baik Pulih Kenderaan merangkumi servis tunda percuma, diskaun 25% upah baik pulih dan 50% untuk alat ganti kereta oleh Proton. Manakala Perodua pula menawarkan servis tunda dan upah baik pulih percuma, serta 50% diskaun untuk alat ganti kereta. Syarikat-syarikat kenderaan berdaftar dengan MAA juga menawarkan servis tunda percuma serta diskaun sekurang-kurangnya 25% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan

6. Rebat Baik Pulih/Penggantian Baharu Kenderaan

  • Kerajaan juga menyediakan rebat baik pulih/penggantian kenderaan baharu sejumlah RM1,000 kepada mangsa banjir.
  • Kalau anda memiliki kereta Proton, dapatkan diskaun baiki kereta seperti yang dinyatakan ini.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan ingin tahu siapakah yang layak membuat permohonan BKM ini, klik sini untuk membuat semakan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...