Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Cara Untuk Anda Yang Tak Pasti Cara Nak Mohon Moratorium Bank Selama 6 Bulan. Mudah & Cepat!

1,365

Mereka yang terjejas pendapatan serta hilang pekerjaan sangat berharap agar dapat diberikan moratorium seperti yang telah diumumkan Perdana Menteri.

Moratorium yang diharapkan ini adalah agar mereka dapat menggunakan wang yang sedia ada untuk membeli bekalan makanan sepanjang tempoh PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini.

Apakah 3 cara yang mudah dan cepat untuk membuat permohonan moratorium mengikut bank atau institusi kewangan yang berkaitan? Semak disini.

TARIKH MOHON MORATORIUM

Anda boleh membuat permohonan moratorium dari bank masing-masing mulai:

  • 7 Julai 2021

TEMPOH MORATORIUM AUTOMATIK

Tempoh moaratorium automatik adalah selama:

  • 6 bulan bermulanya kelulusan diberikan.

Rujuk: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

3 CARA MOHON MORATORIUM SELAMA 6 BULAN

3 cara mudah dan cepat untuk memohon moratorium selama 6 bulan ialah:

  • Borang web
  • Emel
  • Panggilan telefon

LANGKAH-LANGKAH MOHON MENGIKUT 3 KAEDAH

Berikut adalah langkah-langkah memohon moratorium mengikut 3 kaedah yang mudah dan pantas:

Borang Web

3 Cara Untuk Anda Yang Tak Pasti Cara Nak Mohon Moratorium Bank Selama 6 Bulan. Mudah & Cepat!

Emel

Panggilan Telefon

3 Cara Untuk Anda Yang Tak Pasti Cara Nak Mohon Moratorium Bank Selama 6 Bulan. Mudah & Cepat!

  • Peminjam boleh membuat permohonan secara dalam talian melalui borang web atau e-mel automatik yang akan tersedia menerusi laman sesawang bank-bank untuk peminjam mengemukakan butiran peribadi dan pembiayaan mereka.
  • Peminjam juga boleh menghubungi bank mereka melalui telefon dan panduan akan diberikan oleh pegawai khidmat pelanggan. Jika peminjam tidak dapat menggunakan saluran digital ini, mereka juga boleh mengunjungi cawangan bank untuk menghantar permohonan moratorium.

TEMPOH KELULUSAN MORATORIUM

Tempoh kelulusan moratorium bank adalah secara automatik mengikut terma dan syarat seperti mana yang telah ditetapkan iaitu:

  • Peminjam yang layak akan menerima pengesahan dalam tempoh 5 hari bagi peminjam individu dan 14 hari bagi peminjam PKS.
  • Peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran ansuran selama lebih 90 hari dan tidak menghadapi proses kebangkrapan atau penggulungan (winding up).

Nota:

  • Peminjam yang sudah pun berada dalam program bantuan bayaran balik pinjaman dan membayar balik pembiayaan mereka mengikut terma program tersebut juga boleh memohon moratorium ini.
  • Peminjam individu dan PKS yang mempunyai tunggakan bayaran balik pinjaman melebihi 90 hari dinasihati supaya menghubungi Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) bagi mendapatkan bantuan bayaran balik pinjaman yang sesuai dan khidmat nasihat kewangan secara percuma.

INFO DARI BANK NEGARA

Peminjam individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan perniagaan mikro yang terjejas akibat pandemik Covid-19 boleh memohon moratorium selama enam bulan mulai Rabu.

Peminjam sama ada individu, perusahaan mikro ataupun PKS tidak perlu bimbang kerana permohonan untuk mendapatkan moratorium atau lain-lain pakej bayaran balik pembiayaan adalah mudah dan dokumen sokongan tidak diperlukan.

Kelulusan akan diberikan secara automatik. Selain moratorium, bank-bank juga akan menawarkan pengurangan bayaran ansuran dan pakej-pakej lain, termasuk penjadualan semula dan penstrukturan semula pembiayaan yang sesuai dengan kedudukan kewangan khusus peminjam.

Baca juga: Anda Pelanggan Bank Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19? Ini Cara Mohon Moratorium Bank Rakyat Untuk Semua Golongan

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...