Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Anda Pelanggan Bank Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19? Ini Cara Mohon Moratorium Bank Rakyat Untuk Semua Golongan

1,529

Setiap lapisan masyarakat yang terjejas pendapatan dan hilang pekerjaan sepanjang Covid-19 menantikan cara untuk melanjutkan serta memohon moratorium dari institusi kewangan yang berkaitan.

Melalui PEMULIH, moratorium institusi kewangan serta agensi yang memberikan pinjaman akan memberikan moratorium kepada mereka yang terjejas tanpa mengira golongan B40, M40 atau T20.

Begitu juga dengan Bank Rakyat. Pelanggan yang terjejas pendapatan boleh membuat permohonan moratorium seperti yang akan dikongsikan disini.

Baca juga: Moratorium Automatik Tanpa Syarat Untuk Semua Golongan & PKS Terjejas

TARIKH PERMOHONAN MORATORIUM BANK RAKYAT

Tarikh permohonan moratorium Bank Rakyat adalah bermula:

  • 7 Julai 2021

GOLONGAN SASARAN

Golongan sasaran yang digalakkan untuk memohon moratorium Bank Rakyat ialah pelanggan yang terjejas dan hilang pendapatan seperti:

  • Semua golongan B40, M40 dan T20
  • Mikro-i dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)
Nota: Tertakluk kepada pelanggan yang tidak berstatus bankrap sahaja.

PAKEJ BANTUAN YANG DITAWARKAN

Antara pakej bantuan yang ditawarkan melalui moratorium Bank Rakyat ialah:

  • Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium).
  • Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

BENTUK BANTUAN BAYARAN PEMBIAYAAN PEMULIH

Terdapat 2 bentuk Bantuan Bayaran Pembiayaan PEMULIH yang ditawarkan oleh Bank Rakyat iaitu:

  • Menangguhkan ansuran bulanan selama 6 bulan (moratorium).
  • Mengurangkan ansuran bulanan sebanyak 50% selama 6 bulan.

Anda Pelanggan Bank Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19? Ini Cara Mohon Moratorium Bank Rakyat Untuk Semua Golongan

JENIS PEMBIAYAAN YANG TERLIBAT MORATORIUM

Jenis-jenis pembiayaan yang terlibat dengan moratorium Bank Rakyat PEMULIH ialah:

  1. Pembiayaan Peribadi-i
  2. Pembiayaan Perumahan-i
  3. Pembiayaan Kenderaan-i
  4. Sewa Beli Kenderaan-i
  5. Pembiayaan Pendidikan-i
  6. Pembiayaan Berjangka-i yang ditukar daripada baki Kad Kredit-i
Nota: Pembiayaan Perumahan-i dan Pembiayaan Pendidikan-i yang masih dalam tempoh tangguhan tidak dibenarkan untuk pengurangan ansuran 50% selama 6 bulan. Walau bagaimanapun, pelanggan layak untuk mendapatkan lanjutan moratorium.

CARA MOHON MORATORIUM BANK RAKYAT

Untuk memohon moratorium Bank Rakyat, anda boleh lakukannya secara online melalui pautan berikut:

Kategori B40, M40, T20 & Mikro-i

Anda Pelanggan Bank Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19? Ini Cara Mohon Moratorium Bank Rakyat Untuk Semua Golongan

  • Tandakan pada Pilihan Bantuan

  • Akhir sekali klik Hantar/Submit untuk menghantar permohonan anda.

Kategori PKS

Bagi kategori PKS pula:

  • Hubungi Pusat Panggilan 1300800800 atau
  • Kunjungi Pusat Perniagaan PKS dan Koperasi (SMEC) yang berdekatan
  • Sila isi borang permohonan (Borang Permohonan)

Anda Pelanggan Bank Rakyat Yang Terkesan Akibat Covid-19? Ini Cara Mohon Moratorium Bank Rakyat Untuk Semua Golongan

Baca juga: Semak Sini Tarikh Mohon Moratorium Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Persekutuan & Tuntutan Ganti Rugi JPA. Cepat Mohon Mulai Sekarang

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Tele-Rakyat di:

  • 1 300 800 800
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...