Hilang Kerja, Tak Ada Simpanan? Ini Cara Mohon Bantuan Talian Cakna MAIDAM Terengganu

Rakyat negeri Terengganu yang hilang pekerjaan, terjejas pendapatan serta tidak mempunyai sebarang simpanan digalakkan untuk memohon bantuan melalui Talian Cakna MAIDAM, Terengganu.

Ini kerana MAIDAM telah membuka talian hotline bagi mana-mana yang benar-benar memerlukan bantuan disebabkan terputus bekalan makanan dan barang keperluan sepanjang Covid-19.

Anda boleh membuat permohonan bantuan Talian Cakna MAIDAM serta mengikut syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan.

Baca juga: Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

TUJUAN TALIAN CAKNA MAIDAM

Talian Cakna MAIDAM, Terengganu diwujudkan dan dibuka bagi mana-mana individu atau keluarga yang memerlukan bantuan bekalan makanan dan barang keperluan sepanjang tempoh PKP 3.0 kali ini.

TARIKH MOHON BANTUAN TALIAN CAKNA MAIDAM

Tarikh untuk mohon bantuan melalui Talian Cakna MAIDAM adalah bermula:

  • 5 Julai 2021

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TALIAN CAKNA MAIDAM

Antara syarat kelayakan untuk memohon bantuan melalui Talian Cakna MAIDAM ialah:

  • Beragama Islam dan warganegara Malaysia yang menetap di Terengganu
  • Golongan yang hilang pekerjaan/terjejas pendapatan
  • Tidak mempunyai simpanan/sumber kewangan yang lain
  • Bukan Asnaf fakir, miskin dan muallaf yang berdaftar dengan MAIDAM
  • Permohonan dibuat oleh ketua keluarga sahaja
  • Sebararang maklumat palsi atau meragukan tidak akan dipertimbangkan

NOMBOR TELEFON TALIAN CAKNA MAIDAM

Bagi anda yang memerlukan bantuan disebabkan terputus bekalan makanan dan barang keperluan sila hubungi Talian Cakna MAIDAM seperti berikut:

  • 09-630 3034
  • 09-630 3049
  • 09-630 3008

Hilang Kerja, Tak Ada Simpanan? Ini Cara Mohon Talian Cakna MAIDAM Terengganu

5 SENARAI FOOD BANK

Selain daripada bantuan Talian Cakna MAIDAM, anda juga boleh dapatkan bekalan makanan melalui senarai Food Bank seperti berikut:

  • Yayasan Food Bank
  • Gerobok Kasih Petronas
  • Pantri Komuniti Ayam Brand
  • Zero Hunger Program
  • Projek Gerobok Rezeki

Rujuk: Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

Anda juga boleh memohon Bantuan Bakul Makanan RM100 Jabatan Kebajikan Masyarakat secara online melalui pautan berikut:

PERMAI: Program Bakul Makanan JKM RM100 Untuk Setiap Isi Rumah

Semoga segala bantuan yang diberikan ini dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh mereka yang memerlukan.

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.