Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

3,080

Walaupun Jabatan Kebajikan Masyarakat ada menyediakan Bantuan Bakul Makanan sebanyak RM100, namun masih lagi ada dikalangan kita yang memerlukan bantuan ini dengan kadar yang segera.

Rujuk: Jangan Malu Jika Tak Ada Makanan. Ini Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohon Online Sahaja

Apa kita kita kongsikan bersama-sama senarai food bank atau bantuan makanan yang disediakan untuk mereka diluar sana yang sangat memerlukan stok makanan untuk kelangsungan hidup pada masa kini.

APA ITU FOOD BANK?

Pada asalnya, program ini adalah:

  • Satu usaha untuk mengumpulkan lebihan makanan dan kemudian diagihkan kepada penerima yang dikumpulkan dari pasar raya besar, pasar raya, dapur-dapur hotel, restoran, kilang-kilang yang menghasilkan barang makanan.
  • Setiap hari ada saja lebihan makanan yang tidak terjual seperti sayur, buah, kek atau roti.
  • Kilang-kilang pengeluar makanan biskut contohnya, ada antaranya yang tidak ikut spesifikasi untuk dijual seperti biskut itu pecah dan sebagainya tetapi masih lagi boleh dimakan dan mereka asingkan sebagai lebihan makanan.

Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

Namun berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara ketika ini, semua lapisan masyarakat yang ketiadaan stok makanan boleh mendapatkan bantuan makanan dimana-mana sahaja food bank yang tersedia dikawasan berhampiran.

5 SENARAI TEMPAT FOOD BANK

Terdapatย  5 senarai food bank yang anda boleh dapatkan bantuan makanan sekiranya kehabisan stok makanan iaitu:

1. YAYASAN FOOD BANK

  • Jika korang student UA, Food Bank menyediakan keperluan makanan buat korang melalui program Food Bank Siswa.
  • Ini merupakan inisiatif dilakukan oleh Yayasan Food Bank Malaysia
  • Cara pemberiannya ialah dengan menyediakan Food Pantry (bilik simpanan makanan kering) dalam universiti atau Central Kitchen (mengedarkan makanan yang di masak kepada pelajar).
  • Senarai universiti yang sudah ada foodbank dan maklumat lanjut boleh dapatkan di sini: https://www.foodbankmalaysia.org/my/our-programs/

Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

2. GEROBOK KASIH PETRONAS

  • Konsep yang hampir sama dengan foodbank, gerobok kasih menyediakan makanan kering dalam satu tempat simpanan makanan.
  • Anda boleh dapatkan bekalan makanan kering ini di petronas-petronas tertentu ( sebab belum semua ada) .
  • Kalau di Johor setakat yang ada di kemaskini di media sosial ialah Petronas Desaru, Kempas Lama, Puteri Wangsa dan Taman Austin Perdana.
  • Boleh cuba juga tengok di petronas-petronas lain berhampiran dengan rumah anda ok? Mana tahu ada juga gerobok kasih ni.

Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

3. PANTRI KOMUNITI AYAM BRAND

  • Merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh Syarikat Ayam Brand Malaysia dengan menyediakan pantri makanan kering buat seluruh rakyat Malaysia.
  • Pantri ini terletak di seluruh Malaysia namun setiap satu negeri diletakkan satu lokasi pantri.
  • Untuk melihat senarai lokasinya dan maklumat lanjut boleh rujuk link ini: https://www.facebook.com/ayambrandmalaysia/
  • Lokasi-lokasi:
    ๐Ÿ“ŒKUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur
    ๐Ÿ“Œ PENANG: 118A, Jalan Scotland, George Town, 10450 George Town, Pulau Pinang
    ๐Ÿ“Œ PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan
    ๐Ÿ“Œ TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman
    ๐Ÿ“Œ KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu
    ๐Ÿ“Œ PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh
    ๐Ÿ“Œ KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina
    ๐Ÿ“Œ PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar
    ๐Ÿ“Œ NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban
    ๐Ÿ“Œ JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru
    ๐Ÿ“Œ SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor
    ๐Ÿ“Œ SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching
    ๐Ÿ“Œ SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

4. ZERO HUNGER PROGRAM

  • Inisiatif yang ditaja oleh Yayasan Brainy Bunch dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) dan Malakat Mall.
  • Bantuan makanan atau lain-lain keperluan ini akan diberikan terus kepada yang layak selepas disaring.
  • Maklumat lanjut dan permohonan boleh dibuat di link berikut: https://brainybunch.com/zero-hunger-project-charity/?

Tak Ada Stok Makanan? 5 Senarai Food Bank Atau Tempat Bantuan Makanan Selain Daripada Bakul Makanan RM100 JKM

5. PROJEK GEROBOK REZEKI

  • Jika tadi 4 yang terawal dibangunkan oleh syarikat atau yayasan, projek gerobok rezeki pula dibangunkan oleh komuniti masyarakat setempat untuk mereka yang memerlukan.
  • Lokasi ini bertaburan di seluruh Malaysia. Rujuk lokasi seperti berikut:
    i. Kelantan: SMK Kota (Kota Bahru)
    ii. Selangor: Surau Al-Ansor (Seksyen 2, Shah Alam), SMK Telok Gadong (Klang), PPR Seri Alam, PPR Cheras, SMK Taman Selayang (Gombak), Masjid Ara Damansara.
    iii. Pulau Pinang: Kolej Matrikulasi Pulau Pinang,
    iv. Johor: SMK Tun Habab (Kota Tinggi), Masjid An-Nur Taman Cendana (Pasir Gudang)
    v. Perak: SMK Kampong Pasir Puteh (Ipoh)
    vi. Putrajaya: Kedai MAIWP ( Presint 5 ) dan 204 pusat agihan
    vii. Kuala Lumpur:PPR Kuala Lumpur, SK Datuk Keramat
    viii. Negeri Sembilan: Masjid Qariah Ibnu Khaldun Lavender Height (Seremban)
    ix. Melaka: Masjid An-Najwan Kampung Cheng
    x. Sarawak: Masjid Darul Husni Warrahmah (Taman Hussein/Rahmat, Kuching), Masjid Darul Furqan (Taman Malihah, Kuching)
    xi. Pahang: Masjid Al Hidayah Permatang Badak (Kuantan)
    xii. Terengganu: Uitm Kampus Dungun
    xiii. Kedah: Masjid Sultan Badlishah (Sintok) , SK Tandop Besar (Kuala Nerang).

Jom kita kongsikan maklumat ini dan pastikan semua masyarakat kita tidak tidur dalam kelaparan!

Semoga pandemik Covid-19 ini cepat berakhir dan semua masyarakat dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Baca juga: Cara Mohon Pendaftaran OKU JKM Dalam Tempoh PKP Secara Online & Ini Cara-Caranya Yang Anda Perlu Tahu

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...