Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Malu Jika Tak Ada Makanan. Ini Cara Mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 Dari Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mohon Online Sahaja

7,147

Stok makanan hampir habis dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan? Malu untuk kibarkan bendera putih di pagar rumah anda?

Jika anda malu, terdapat satu lagi alternatif buat anda yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Bantuan Bakul Makanan RM100.

Semak syarat kelayakan dan cara mohon Bantuan Bakul Makanan RM100 seperti yang dikongsikan ini.

Baca juga: Cara Mohon Pendaftaran OKU JKM Dalam Tempoh PKP Secara Online & Ini Cara-Caranya Yang Anda Perlu Tahu

INFO RINGKAS BANTUAN BAKUL MAKANAN RM100 JKM

Bantuan Bakul Makanan adalah program yang dilaksanakan oleh JKM yang merangkumi barang makanan keperluan bernilai:

  • RM100 bagi setiap isi rumah yang layak.

PERMAI: Program Bakul Makanan JKM RM100 Untuk Setiap Isi Rumah

OBJEKTIF BANTUAN BAKUL MAKANAN

Objektif Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:

  • Keperluan asas diberikan kepada anda dengan harapan dapat meringankan beban penerima bantuan yang berkelayakan
  • Sebagai salah satu cara sokongan sosial oleh kerajaan Malaysia melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM
  • Sebagai bantuan sementara supaya kadar kelangsungan hidup dan kesejahteraan rakyat dapat dibantu.

CARA MOHON

Terdapat 2 cara mohon Bantuan Bakul Makanan iaitu:

SECARA ONLINE

SECARA TELEFON

  • Hubungi JKM yang terdekat
  • Sertakan bersama nama penuh anda, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan bilangan ahli keluarga yang ditanggung

SENARAI NOMBOR TELEFON PEJABAT JKM SETIAP NEGERI

Nombor telefon Pejabat JKM yang boleh anda hubungi untuk dapatkan Bantuan Bakul Makanan adalah seperti berikut:

NEGERI NOMBOR TELEFON
JKM Selangor 03-5545 8570
JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur KL 03–26124060
JKM Johor 07-2281450
JKM Melaka 06-2324670
JKM Negeri Sembilan 06-7659332
JKM Perak 05-2545505
JKM Pulai Pinang Penang 04-6505257
JKM Kedah 04-7001700
JKM Perlis 04–9731926
JKM Pahang 09–5650226
JKM Terengganu 09–6301193
JKM Kelantan 09–7416925
JKM Sabah 099 234 202
JKM Sarawak 099 234 202
JKM Wilayah Persekutuan Labuan 087-424 961

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Bantuan Bakul Makanan RM100 JKM dengen menghubungi Ibu Pejabat JKM atau JKM Negeri (rujuk nombor telefon diatas):

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...