Berikutan rungutan orang ramai diatas kompaun sebanyak RM10,000 yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pihak KKM telah membuat perincian terbaharu mengenai kompaun mengikut kategori yang ditetapkan.
Rujuk: Patuh SOP Sepanjang PKP Atau Denda Sehingga RM10,000 Menanti Anda
Kategori-kategori kesalahan boleh kompaun dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan anda boleh rujuk kategori yang telah dikongsikan pada perkongsian ini.
3 KATEGORI KOMPAUN KESALAHAN
Isi Kandungan
3 kategori kompaun kesalahan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] ialah:
KATEGORI 1
- Tidak mematuhi arahan kuarantin di pusat kuarantin bagi kes positif atau dipercayai positif.
- Aktiviti kelab malam atau pub.
- Tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, iaitu rentas negeri daerah tanpa kebenaran PDRM
NILAI KOMPAUN
- RM5,000 (Individu)
- RM25,000 (Perbadanan)
KATEGORI 2
- Memasuki kawasan PKPD tanpa kebenaran.
- Tidak mematuhi perintah pengasingan bagi pemerhatian dan pengawasan kontak.
- Akitiviti dengan kehadiran yang ramai di suatu tempat dan tiada penjarakan sosial.
- Tidak memberi maklumat yang betul kepada petugas kesihatan.
NILAI KOMPAUN
- RM3,000 – RM4,000(Individu)
- RM20,000 (Perbadanan)
KATEGORI 3
- Tidak memakai pelitup muka.
- Tiada penjarakan sosial.
- Tidak mendaftar sebelum masuk ke premis.
- Premis beroperasi lebih dari tempoh dibenarkan.
- Premis tidak menyediakan hand sanitizer
NILAI KOMPAUN
- RM1,500 – RM2,000(Individu)
- RM10,000 (Perbadanan)
KADAR PENGURANGAN KOMPAUN
Kadar pengurangan kompaun pula adalah mengikut hari yang ditetapkan seperti berikut:
- 50%: 1 hingga 7 hari
- 25%: 8 hingga 14 hari
- Tiada diskaun selepas 14 hari
RAYUAN KOMPAUN
Rayuan kompaun pula hanya dibenarkan kepada mereka yang tidak mampu untuk membuat pembayaran kompaun dengan mengemukakan dokumen sokongan seperti berikut:
- Golongan B40 (Miskin, Pengemis)
- Golongan OKU
- Pelajar
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.