Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Patuh SOP Sepanjang PKP Atau Denda Sehingga RM10,000 Menanti Anda

1,748

Selepas ini sila patuhi SOP yang telah ditetapkan sepanjang PKP 2.0 kerana kadar denda akan dinaikkan sehingga RM10,000 sekiranya anda didapati bersalah ingkar arahan yang telah ditetapkan.

Sebelum ini mungkin kita semua tidak begitu mengendahkan arahan yang ditetapkan kerana kompaun atau kadar denda yang ditetapkan hanyalah RM1,000 dan boleh diminta kurangkan harganya.

Tetapi, kompaun RM10,000 yang ditetapkan terlalu tinggi dan sukar untuk dijelaskan sekiranya didapati melanggar arahan SOP PKP sepanjang tempoh ini.

TARIKH MULA KOMPAUN RM10,000

Tarikh mula kompaun RM10,000 bermula:

  • 11 Mac 2021

JUMLAH KOMPAUN

Jumlah kompaun pula adalah mengikut kategori seperti berikut:

  • RM1,000 – RM10,000: Individu dan syarikat yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan.
  • RM50,000: Syarikat atau pertubuhan yang melakukan kesalahan sama.
Orang ramai yang melakukan kesalahan Ordinan Darurat boleh ditangkap, manakala individu dijangkiti atau disyaki terkena jangkitan atau menjadi kontak pula boleh dipakaikan dengan peranti pengesanan.

KOMPAUN RM10,000 TELAH DIWARTAKAN

Pejabat Peguam Negara telah mewartakan perkara ini di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Berdasarkan paparan di e-Warta Persekutuan, menerusi Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 yang diwartakan hari ini, kompaun berkenaan akan berkuat kuasa 11 Mac depan.

JENIS KESALAHAN

Jenis kesalahan yang akan dikenakan kompaun adalah:

  • Tidak memakai pelitup muka
  • Gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal
  • Gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan
  • Rentas daerah/negeri tanpa kebenaran
  • Aktiviti pusat hiburan

Patuh SOP Sepanjang PKP Atau Denda Sehingga RM10,000 Menanti Anda

PEMASYURAN ORDINAN DARURAT

  • Pemasyhuran ordinan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong yang berpuas hati tindakan serta-merta dikehendaki bagi meminda Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
  • Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021 diwartakan susulan Proklamasi Darurat dikeluarkan Yang di-Pertuan Agong, mengikut Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan, 11 Januari lalu.
  • Kadar kompaun terbabit dinaikkan, susulan penggantian Seksyen 25 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Kesihatan atau mana-mana pegawai kesihatan yang diberi kuasa oleh Pendakwa Raya.
  • Pindaan terhadap penalti am mengikut Seksyen 24 Ordinan sama, bagi kesalahan yang tiada penalti diperuntukkan dengan nyata kini boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara maksimum tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.
  • Peranti pengesanan iaitu gelang tangan atau peranti yang diberikan pegawai yang diberi kuasa dan sebarang perbuatan memusnah, merosak, menghilang atau mengubahnya, menjadi satu kesalahan.

WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN

Patuh SOP Sepanjang PKP Atau Denda Sehingga RM10,000 Menanti Anda

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...