Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mohon Segera Dan Isikan Kekosongan Sebanyak 35,000 Jawatan Kosong Di Sektor Awam

2,538

MOHON SEGERA DAN ISIKAN KEKOSONGAN SEBANYAK 35,000 JAWATAN KOSONG DI SEKTOR AWAM

Tahukah anda bahawa terdapat 35,000 kekosongan jawatan untuk diisi oleh pemohon kerja terutamanya dalam sektor awam. Manakala 35,000 kekosongan jawatan tersebut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :

  • Jawatan Tetap : 15,000 kekosongan
  • Jawatan Kontrak : 20,000 kekosongan

CIRI-CIRI SISTEM SPA9

Untuk pengetahuan anda sistem terbaru SPA9 yang menggantikan SPA8i merupakan satu sustem padanan pekerjaan yang menawarkan jawatan yang paling sesuai dengan pemohon berdasarkan keperluan dan latar belakang pendidikan.

  • Melalui sistem SPA9 juga, ia akan memastikan pemohon mempunyai peluang yang lebih baik untuk mendapatkan pekerjaan.
  • Keistimewaan sistem SPA9  juga lebih efisien berbanding sistem sebelumhya dimana ia boleh mengenalpasti pemohon yang merupakan pemegang kad OKU, penerima bantuan eKasih dan lesen memandu juga secara automatik yang dijana terus menggunakan sistem yang diintegrasikan.
  • Sistem SPA 9 ini juga berkonsepkan ciri-ciri keselamatan dan kerahsiaan maklumat dan menjadikan proses semakan kelayakan, permohonan jawatan dan tapisan melalui SPA9 menjadi lebih mudah dan mesra pengguna.

Cara Membuat Pendaftaran SPA9

Jika anda ingin membuat pendaftaran ke SPA, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di pautan berikut :

PENDAFTARAN SPA9

INFO RINGKAS SISTEM SPA9

Sedikit info ringkas mengenai SPA9 adalah seperti :

  • Pemohon adalah dinasihatkan untuk merujuk terlebih dahulu maklumat Syarat Lantikan/Gaji/Deskripsi Tugas dan Panduan Pengguna SPA9 sebelum mengemukakan permohonan dalam SPA9.
  • Pendaftaran pekerjaan melalui SPA9 hanya terhad kepada permohonan pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Mohon Segera Dan Isikan Kekosongan Sebanyak 35,000 Jawatan Kosong Di Sektor Awam

CARA PENDAFTARAN PEKERJAAN DAN KEMASKINI PERMOHONAN SPA9

  • Pemohon hanya dibenarkan mendaftarkan maksimum sehingga 15 jawatan sahaja (termasuk latihan separa perubatan);
  • Tempoh sah laku pendaftaran pemohon adalah selama satu (1) tahun daripada tarikh pendaftaran;
  • Pendaftaran pekerjaan adalah tertakluk kepada Dasar One Step Lower iaitu :

a. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.

b. Calon yang memiliki kelayakan Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.

c. Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

  • Pendaftaran pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di Perkara 2(b)(i) dan 2(b)(iii) di atas akan terbatal dan pemohon dikehendaki untuk mengemas kini semula permohonan dalam SPA9.
  • Pemohon juga dikehendaki untuk memastikan alamat emel yang didaftarkan dalam SPA9 adalah tepat serta sentiasa menyemak folder Spam Mail/ Junk Mail dalam emel bagi mengelakkan kegagalan menerima emel pemakluman mengenai panggilan peperiksaan/ temu duga dan sebagainya. Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk menyemak dari semasa ke semasa segala pemakluman terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia melalui emel yang didaftarkan dalam SPA9, Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Untuk maklumat lanjut mengenai SPA9, anda boleh berhubung dnegan SPA di saluran berikut :

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...