Zaman sekarang ini ramai yang bijak pandai dalam bidang teknologi dan pembangunan aplikasi terutamanya aplikasi yang berkaitan dengan wang. Jadi, kita semua perlu berhati-hati kerana aplikasi yang diwujudkan kebiasaannya bertujuan untuk mengambil kesempatan terhadap orang ramai.
Terkini, pihak KWSP telah mengenal pasti 4 aplikasi palsu yang cuba mengambil kesempatan terhadap ahli KWSP terutamanya berkaitan i-Sinar seperti yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan dan KWSP baru-baru ini.
4 APLIKASI PALSU KWSP
Isi Kandungan
Seperti yang dimaklumkan oleh pihak KWSP, pihaknya tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahlinya.
4 Aplikasi palsu KWSP tersebut ialah:
- My Fund
- i-Sinar Online (3 aplikasi)
Ke empat-empat aplikasi ini dibangunkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan bertujuan untuk mengambil kesempatan ke atas ahli KWSP yang ingin mengetahui cara pengeluaran i-Sinar.
APLIKASI I-AKAUN KWSP
Pihak KWSP menasihatkan para ahlinya untuk muat turun serta mendaftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian melaluinya.
Untuk aktifkan i-Akaun KWSP, anda perlu:
- Bagi ahli KWSP mestilah mempunyai nombor ID dan nombor KWSP yang sah.
- Bagi majikan pula mestilah mempunyai nombor KWSP yang sah.
CARA AKTIFKAN I-AKAUN KWSP
Anda boleh terus aktifkan i-Akaun KWSP secara online dan perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu di kaunter atau mana-mana kiosk KWSP yang terdekat dengan anda.
Untuk dapatkan cara mengaktifkan i-Akaun KWSP langkah demi langkah, sila rujuk di pautan berikut:
Jadi, pihak KWSP mengingatkan para ahlinya untuk tidak membuka mana-mana laman KWSP yang tidak rasmi selain daripada pautan berikut:
Untuk info selanjutnya mengenai i-Akaun KWSP, sila rujuk Facebook KWSP dan laman web rasmi KWSP yang sah disini.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.