Siapa yang tak penat bekerja teruk pagi petang siang dan malam kumpulkan duit untuk membeli rumah idaman kan?
Apabila duit booking beli rumah hilang macam tu je, rasa marah pun ada! Tetapi, orang kepercayaan pun hilang sama dengan duit booking rumah. Silap siapa ni? Diri sendiri atau pihak yang uruskan pembelian rumah?
Kalau tak nak duit booking rumah hilang lesap macam tu je, ada 4 cara untuk anda amalkan ketika berurusan sebelum membuat pembayaran deposit atau booking rumah anda.
APA ITU BOOKING FEE?
Isi Kandungan
Sesiapa yang nak beli rumah dan perlu bayar booking fee, mesti risau kalau duit booking tu tak dapat balik kan?
Lepas tu mula la, tertanya-tanya sama ada dapat balik atau tak booking fee sekiranya permohonan pinjaman perumahan anda ditolak oleh bank.
Apa itu BOOKING FEE?
- Booking fee atau Earnest deposit adalah bayaran wang cengkeram. Booking fee merupakan sebahagian daripada harga beli hartanah tersebut. Ia juga adalah sejumlah wang bayaran awal telah ditetapkan untuk dibayar kepada pemilik rumah sebagai tanda bahawa anda ingin membeli rumah tersebut. Ini adalah sebagai tanda persetujuan harga jual antara pembeli dan penjual. Selain itu, ini menyatakan bahawa pembeli bersedia dengan komitmen yang bakal digalas sebelum membuat pinjaman perumahan.
4 CARA ELAK DUIT BOOKING HILANG
Ada 4 cara sebenarnya untuk anda amalkan agar duit booking rumah tidak lesap atau hilang macam tu je.
Ikuti 4 tips yang dikongsikan ini:
1. Semak Kelayakan Pinjaman
- Kalau tak nak duit booking rumah hilang macam tu je, pastikan anda semak dahulu kelayakan pinjaman rumah.
- Nak semak dengan siapa? Boleh je buat semakan dengan bank atau LPPSA terlebih dahulu sebelum buat pembayaran booking rumah anda.
- Bukan apa, kalau tak layak,nanti kena reject dengan pihak bank pula akhirnya deposit anda lesap!
- Jadi, buat keputusan dengan baik dan jangan terburu-buru dalam membuat sebarang keputusan.
2. Surat Perjanjian Booking Fee
- Selalu terjadi apabila sangat teruja dengan sesuatu perkara, anda terlupa untuk menyediakan surat perjanjian. Ada duit je terus bayar booking fee tanpa menyediakan surat perjanjian.
- Surat perjanjian tersebut mestilah mengandungi semua maklumat berkaitan hartanah, pembayaran, persetujuan antara pembeli dan penjual serta beberapa maklumat yang berkaitan.
3. Geran
- Kalau ada hartanah, pastinya ada geran. Sebelum hartanah dibina, sudah pastinya geran ada ditunjukkan kepada pembeli.
- Jika pemaju tidak menunjukkan geran rumah kepada anda, jangan paksa diri untuk membuat pembelian ya! Elakkan.
- Tak pasal nanti anda yang bayar, orang lain jadi tuan rumah pula.
4. Peguam
- Jangan fikir untuk jimat sahaja ya! Lantik peguam anda sendiri untuk membuat pembelian rumah anda.
- Pembayaran booking mestilah melalui peguam dan elakkan daripada membuat apa-apa bayaran melalui ejen.
- Tidak semua ejen penipu, tetapi sila berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan. Penat-penat kerja, tetapi duit yang dikumpul berpuluh tahun lesap macam tu je.
Lepas ni seronok macam mana pun anda nak beli rumah, pastikan anda ikuti tips yang dikongsikan ini agar tidak menjadi mangsa penipuan. Ingat, bukan senang nak cari duit zaman sekarang ini ya!
Kalau anda mempunyai rumah yang disewakan kepada orang lain tetapi penyewa tidak ikuti kontrak yang ditetapkan, ikuti 4 langkah untuk halau penyewa anda secara sah ini.
Yang penting, jangan sampai ada yang masuk lokap pula ya!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.