Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Langkah Halau Penyewa Rumah Secara Sah, Jangan Sampai Bertumbuk Pula

1,129

Penyewa rumah ni dah berbulan-bulan tak bayar sewa rumah sehinggakan tertunggak bayarannya. Bila dikumpul dah jadi RM3,500 dah!

Bila diminta katanya nak bayar pada bulan ini. Tetapi sampai sudah tak ada bayaran daripada penyewa masuk ke dalam akaun tuan rumah.

Boleh ke nak halau penyewa rumah? Kalau begitu, macam mana nak halau penyewa dengan cara yang sah ni?

SEKSYEN 7 (2) AKTA RELIEF SPESIFIK 1950

Di bawah peruntukan undang-undang, pemilik hartanah tidak mempunyai hak untuk sewenang-wenangnya menghalau penyewa keluar dari premis sewaan.

Peruntukan di bawah Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 telah menetapkan bahawa jika sesuatu rumah atau hartanah telah disewakan dan tempoh penyewaan itu ditamatkan lebih awal atau telah berakhir, tetapi penyewa masih terus menduduki hartanah tersebut, pemilik tersebut tidak boleh menguatkuasakan haknya untuk mendapatkan premis sewaan itu kembali melainkan dengan prosiding di mahkamah.

Ini bermaksud, pemilik hartanah tersebut tidak mempunyai hak untuk menghalau seseorang penyewa keluar dari premis sewaan tersebut tanpa perintah mahkamah. Tindakan pemilik hartanah yang mengusir penyewa secara sesuka hati tanpa perintah mahkamah adalah satu kesalahan dan boleh dicabar di mahkamah.

4 LANGKAH HALAU PENYEWA RUMAH SECARA SAH

Terdapat 4 langkah untuk halau penyewa rumah secara sah iaitu:

1. Saman Pemula

  • Jangan halau penyewa macam tu je tau! Silap haribulan, anda pula yang dikatakan bersalah dalam hal ini.
  • Jadi, buat permohonan mahkamah menerusi Saman Pemula untuk dapatkan Milikan Kosong rumah anda.

2. Milikan Kosong

  • Proses selama 60 hari
  • Kemudian diserahkan kepada Penghakiman Milikan Kosong
  • Penyewa ada 7 hari keluar dari rumah yang disewa
  • Pemilik kediaman mohon Writ Milikan

3. Writ Milikan

  • Proses selama 60 hari
  • Buat temujanji dengan Bailif Mahkamah dan 2 anggota polis, hadir ke rumah yang disewakan.
  • Bertujuan keluarkan penyewa dengan serta merta
  • Bailif Mahkamah keluarkan penyewa selepas tampal notis dan tempoh 7 hari penyewa perlu keluar.
  • Penyewa awajib keluar pada hari yang sama Bailif Mahkamah hadir ke rumah yang disewakan.

4. Harta Penyewa Sedia Ada

  • Pemilik rumah tanggung kos bawa keluar penyewa dan barang-barang mereka.
  • Pemilik rumah bawa bersama lori untuk bawa barang penyewa keluar

Pastikan bekalan utiliti seperti air & elektrik adalah atas nama pemilik kediaman, barulah boleh potong utiliti untuk menghalau penyewa keluar dari rumah.

KOS HALAU PENYEWA SECARA SAH

Kemungkinan besar kos untuk menghalau penyewa secara sah akan mencecah sehingga RM10,000 dengan proses yang akan mengambil masa sehingga 4-5 bulan.

Besar rupanya kos nak halau penyewa rumah walaupun ianya adalah secara sah. Jadi, berhati-hati untuk ambil penyewa rumah anda ya!

Sediakan Perjanjian Sewa Rumah agar tidak berlaku perkara yang tidak diingini selepas ini.

APa yang penting, sebelum halau penyewa rumah anda, sediakan semua bukti serta dokumen agar segala proses berjalan dengan lancar. Ikuti sahaja langkah-langkah yang dikongsikan disini ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...