Cara Mohon Pembantu Awam Gred H11 Bagi Pemegang Sijil PT3/PMR. Mohon Sebelum Tarikh Tutup

Berminat untuk bekerja dalam perkhidmatan awam? Jangan risau kalau anda hanya mempunyai Sijil PT3 dan PMR, anda masih lagi boleh berkhidmat dalam perkhidmatan awam mengikut kelayakan anda.

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengeluarkan iklan jawatan kosong sebagai Pembantu Awam Gred H11 dengan kelayakan Sijil PT3 dan PMR.

Semak cara mohon serta kelayakan yang seterusnya melalui artikel ini.

INFO RINGKAS JAWATAN PEMBANTU AWAM GRED H11

Berikut adalah info ringkas mengenai jawatan Pembantu Awam Gred H11 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) disini:

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Perdana Menteri
  • Gaji Minimum: RM1,218.00
  • Gaji Maksimum: RM2,939.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan: RM80.00

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Buat permohonan dengan segera sebelum tarikh tutup permohonan pada:

  • 23 Januari 2022

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU AWAM GRED H11

Antara tugas-tugas sebagai Pembantu Awam Gred H11 adalah seperti berikut:

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas-tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

SYARAT LANTIKAN

Syarat lantikan untuk jawatan Pembantu Awam Gred H11 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
    (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,218.00)
  • (Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia)
    (Gaji permulaan pada Gred H11: RM1,264.15)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Pemohon dengan kelayakan Sijil Pertolongan Cemas dan/atau kelayakan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia hendaklah mendaftarkan kelayakan tersebut di dalam Sistem SPA9 melalui menu “Maklumat Pemohon” -> “Maklumat Kelayakan Akademik” -> “Profesional/Ikhtisas”.

CARA MOHON

Permohonan adalah secara online melalui pautan berikut:

Bagi yang belum buat pendaftaran, sila ikuti pendaftaran mengikut tutorial berikut:

IKLAN JAWATAN

Rujuk iklan jawatan yang dikeluarkan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) seperti berikut:

Cara Mohon Pembantu Awam Gred H11 Bagi Pemegang Sijil PT3/PMR. Mohon Sebelum Tarikh Tutup

Anda juga boleh dapatkan maklumat berkaitan jawatan yang menggunakan Sijil PT3/PMR/SRP dipautan ini:

Sebarang pertanyaan lanjut, dapatkan sahaja di laman rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.