Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Nak Wariskan Hartanah Kepada Anak Anda? Ini 4 Jenis Surat Wasiat Yang Anda Boleh Dibuat

1,635

Sebagai ibu bapa, pastinya anda ingin wariskan hartanah yang sedia dan apa yang anda perlu sediakan mulai sekarang ialah, sediakan surat wasiat iaitu dokumen sokongan yang sangat penting.

Tetapi, anda perlu lakukan beberapa persediaan terlebih dahulu untuk mewariskan semua hartanah kepada anak-anak anda.

Apakah persediaan dan 4 jenis surat wasiat yang perlu disediakan oleh ibu bapa untuk mewariskan hartanah?

PERSEDIAAN WARISKAN HARTANAH

Terdapat 5 persediaan yang anda perlu lakukan untuk mewariskan hartanah kepada anak-anak seperti berikut:

  • Faraid: Buat semakan dokumen faraid harta untuk tahu siapakah waris yang layak mendapatkan harta mengikut hukum faraid.
  • Melantik Wasi: Lantik pentadbir untuk uruskan harta-harta anda sama da wasi secara individu atau syarikat amanah.
  • Dokumen: Lengkapkan segala dokumen-dokumen penting dengan bantuan syarikat pengurusan harta pusaka atau MyPusaka secara online
  • Dana Waris: Buat penambahan penama bagi aset anda di KWSP, Takaful dan Tabung Haji kepada waris supaya proses pemindahan harta dan aset menjadi mudah.
  • Hibah: Kos guaman harta pusaka melalui hibah juga adalah lebih rendah dan hubungi syarikat amanah atau individu pengurusan harta pusaka yang benar dan telus untuk uruskan hibah.

4 JENIS SURAT WASIAT

Ada yang mengatakan surat wasiat juga valid untuk perwarisan harta. Tetapi, mestilah ditullis dengan ilmu undang-undang agar ianya tidak boleh ditentang waris yang tidak berkenaan.

Jika anda nak buat surat wasiat dan ianya menjadi surat wasiat yang betulbetul valid tanpa sebarang tentangan undang-undang, anda boleh rujuk 4 jenis surat wasiat yang dikongsikan ini.

1. Wasiat Mutlak

  • Wasiat Mutlak dilakukan dengan bebas atau tidak terikat dengan apa-apa syarat ke atas harta yang diwasiatkan yang mungkin diletakkan oleh pemberi wasiat tersebut.

2. Wasiat Am

  • Surat wasiat ini dibuat dalam bentuk umum atau lebih tepat sekali dalam kumpulan.
  • Ia merangkumi semua kumpulan atau tempat tidak kira Islam atau bukan Islam.

3. Wasiat Bersyarat

  • Wasiat ini mengandungi syarat-syarat tertentu yang dikenakan oleh si pewasiat.
  • Terpulang oleh si penerima sama ada mahu menerima wasiat tersebut, dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh si pewasiat atau si penerima boleh menolak wasiat tersebut.
  • Wasiat ini akan batal sekiranya syarat yang terkandung dalam wasiat tersebut tidak dapat dipenuhi.

4. Wasiat Khas

  • Wasiat khas ini dikhususkan untuk pihak tertentu dengan syarat yang tertentu.
  • Biasanya pewasiat akan berwasiat kepada seseorang yang dinyatakan dalam wasiatnya.

DOKUMEN SOKONGAN WASIAT

Pewasiat perlu menyediakan beberapa dokumen sokongan seperti berikut:

  • Dokumen pelantikan pentadbir harta pusaka
  • Dokumen harta sepencarian untuk isteri yang tidak bekerja
  • Dokumen hibah

Apa yang penting disini, siapkan siap-siap surat wasiat dan jangan tunggu sehingga perkara yang tidak diingini berlaku kerana apabila pewasiat meninggal dunia, pastinya berlaku perebutan harta dan sebagainya.

Nak Wariskan Hartanah Kepada Anak Anda? Ini 4 Jenis Surat Wasiat Yang Anda Boleh Dibuat

Macam mana nak selesaikan masalah tanah pusaka banyak nama dengan mudah? Dapatkan cara menyelesaikan masalah ini disini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...