Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Terima Tawaran Kerja Palsu Shopee Melalui SMS Atau Whatsapp? Abaikan! Itu Scammer

1,255

Sekiranya anda ada terima tawaran kerja daripada Shopee melalui SMS atau Whatsapp, berhati-hati ya!

Itu bukannya tawaran kerja daripada Shopee kerana Shopee tak pernah menawarkan kerja kepada orang ramai melalui SMS dan Whatsapp.

Jika begitu, apa yang anda semua perlu lakukan untuk bekerja di Shopee?

TAWARAN KERJA DARI SHOPEE

Rupa-rupanya ramai yang menerima tawaran kerja dari Shopee melalui SMS dan Whatsapp.

Namun anda mesti berhati-hati kerana sudah ada yang mengalami kerugian sehingga RM24,000 kerana terpedaya dengan tawaran peluang pekerjaan, ganjaran dan sebagainya.

Shopee memaklumkan bahawa pihaknya tidak melantik mana-mana individu untuk merekrut pekerja melalui platform pemesejan dengan tujuan untuk ‘meningkatkan kadar pendedahan peniaga’.

PERADUAN DARI SHOPEE

Untuk pengetahuan anda, Shopee hanya akan menganjurkan peraduan seperti:

  • Cabutan Bertuah
  • Ketik dan Menang
  • Putar dan Menang

Peraduan ini hanya dianjurkan di plikasi Shopee rasmi, halaman media sosial Shopee yang rasmi dan akaun perniagaan disahkan Shopee iaitu WhatsApp rasmi, yang ada tulisan ”disahkan” dan tanda semak.

Dapatkan pengesahan mengenai peraduan yang dianjurkan oleh Shopee dengan menghubungi talian khidmat pelanggan di talian:

REPORT POLIS

Sekiranya anda telah dihubungi oleh scammer ini dan menjadi mangsa penipuan,

  • Hubungi balai polis berhampiran dan buat laporan dengan segera.

Atau, anda boleh hubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui alternatif berikut:

  • SEMAKMULE, platform PDRM untuk menyemak akaun bank dan nombor telefon yang terlibat dengan jenayah komersial: https://semakmule.rmp.gov.my/
  • Talian Maklumat CCID (8:00AM hingga 12:00AM), saluran WhatsApp PDRM untuk menyemak status laporan polis dan mengemukakan maklumat kes jenayah komersial: 013-211 1222
  • CCID Scam Response Center (8:00AM hingga 8:00PM), talian hotline maklumat PDRM untuk mengemukakan maklumat atau pertanyaan maklumat mengenai penipuan dalam talian: 03-26101559 / 03-26101599

Atau dapatkan perkembangan terkini potensi penipuan di pautan berikut:

Terima Tawaran Kerja Palsu Shopee Melalui SMS Atau Whatsapp? Abaikan! Itu Scammer

KERJAYA DI SHOPEE

Jika anda berminat untuk bekerja di Shopee, anda boleh klik pautan:

Terima Tawaran Kerja Palsu Shopee Melalui SMS Atau Whatsapp? Abaikan! Itu Scammer

Jangan lupa, search sahaja jawatan yang ditawarkan oleh Shopee dan mohon sahaja melalui laman web Shopee ini.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...