Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Inilah 4 Inisiatif Bajet 2021 Yang Melibatkan PERKESO. Buat Semakan Disini

1,532

Jika sebelum ini kita semua lihat beberapa inisiatif yang disediakan kepada golongan-golongan tertentu mengikut kategori serta kadar bantuan, apa kata kali ini kita lihat pula beberapa inisiatif yang melibatkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

PERKESO atau SOCSO telah ditubuhkan untuk menyediakan bantuan dari segi perubatan dan kewangan kepada pekerja yang kebolehan mereka dikurangkan akibat kemalangan atau penyakit. Mereka juga memberikan bantuan kepada ahli tanggungan pekerja sekiranya kematian berlaku melalui pencen.

Jadi, apakah 4 inisiatif yang melibatkan PERKESO serta manfaatnya buat rakyat Malaysia?

4 INISIATIF YANG MELIBATKAN PERKESO

Berikut adalah 4 inisiatif yang melibatkan PERKESO:

1. PENJANAKERJAYA

  • Insentif pekerja bergaji RM1,500 ke atas menerima insentif 40% maksimum RM4,000.
  • Insentif tambahan 20% bagi golongan OKU, penganggur jangka panjang dan pekerja yang diberhentikan.
  • Sektor dengan kebergantungan tinggi kepada pekerja asing 60% gaji bulanan disediakan.
  • Kos maksimum program latihan yang layak dituntut oleh majikan dinaikkan kepada RM7,000 (program kemahiran tinggi atau sijil profesional).
  • Bantuan Mobiliti (Elaun Persediaan Kerja) sebanyak RM1,500-RM1,000 bagi setiap penempatan pekerjaan berdasrkan kelayakan.
  • RM1,000 sebulan bagi tempoh 1 hingga 3 bulan bagi setiap graduan baharu.
  • Geran sehingga RM4,000 untuk program latihan bagi perantis tersebut yang layak dituntut  oleh majikan.

Peruntukan : RM2 bilion

Inilah 4 Inisiatif Bajet 2021 Yang Melibatkan PERKESO. Buat Semakan Disini

2. SISTEM INSURANS PEKERJAAN (SIP)

  • Tempoh Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) dilanjutkan daripda 6 bulan kepada 9 bulan.

Peruntukan : RM150 bilion

Inilah 4 Inisiatif Bajet 2021 Yang Melibatkan PERKESO. Buat Semakan Disini

3. PROGRAM SUBSIDI UPAH BERSASAR

  • Kadar subsidi sebanyak RM600 sebulan dalam tempoh 3 bulan.
  • Untuk pekerja bergaji RM4,000 ke bawah bagi sektor tertentu seperti sektor pelancongan termasuk sektor peruncitan.
  • Had permohonan dinaikkan daripada 200 pekerja kepada 500 pekerja.

Peruntukan : RM1.5 bilion

4. SKIM BENCANA PEKERJAAN PERKESO

  • Bawah Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri untuk Bencana Pekerjaan.
  • Caruman penuh oleh kerajaan untuk 100,000 pekerja daripada kumpulan bersasar.

Peruntukan : RM24 juta

Inilah 4 Inisiatif Bajet 2021 Yang Melibatkan PERKESO. Buat Semakan Disini

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...