4 Kesalahan Cover Letter, Jangan Buat Kalau Mohon Kerja Melalui Emel

Pencari kerja yang membuat permohonan kerja melalui emel sudah pasti menyediakan bersama cover letter semasa menghantar resume masing-masing.

Tetapi tanpa kita semua sedar, sebenarnya ada 3 kesilapan yang telah dilakukan kerana ia menjadi kebiasaan pencari kerja ketika menghantar cover letter bersama resume.

Apakah 4 kesilapan yang dibuat ketika menghantar cover letter dan apakah yang perlu dilakukan sebagai penambahbaikan?

BEZA ANTARA RESUME, CV & COVER LETTER

Tahu tak apakah perbezaan antara resume, CV dan Cover Letter? Anda boleh semak perbezaan antara resume, CV dan cover letter disini.

Resume

  • Resume secara fizikalnya hanya mempunyai satu muka surat sahaja.
  • Tidak mempunyai format yang khusus
  • Boleh membuat turutan mengikut kehendak pencari kerja

Rujuk: Tahu Tak, Resume Heading Beri Impak Besar Pada Calon? 2 Tips Jadikan Resume Anda Bernilai!

CV

  • Mempunyai format yang tersendiri
  • Boleh lebih daripada satu muka surat iaitu 2 hingga 3 muka surat

Cover Letter

  • Merupakan dokumen iringan kepada CV dan resume ketika membuat permohonan kerja
  • Dokumen pengenalan permohonan kerja yang menceritakan serba sedikit mengenai pemohon kerja secara ringkas.

4 KESALAHAN COVER LETTER

Nak tahu tak, kadangkala kita terlepas beberapa perkara yang wajib diletakkan ketika menyediakan cover letter permohonan kerja.

Apakah 4 kesalahan yang nampak kecil tetapi sebenarnya wajib diletakkan di dalam cover letter?

1. Tak Letak Nama Syarikat

  • Selalu pencari kerja akan membuat cover letter tetapi terlupa untuk meletakkan nama syarikat tetapi letak pula nama dan jenis jawatan yang dipohon.
  • Selepas ini, update resume anda dan masukkan nama syarikat bersama jawatan yang dipohon.
  • Contoh: Kerani Logistik di ABC Sdn Bhd

2. Pengenalan Diri

  • Jangan sesekali memperkenalkan diri anda pada perenggan pertama. Kebiasaan yang dilakukan oleh pemohon kerja adalah dengan memperkenalkan diri terlalu awal di perenggan pertama.
  • Jadi, apa yang perlu dimasukkan pada perenggan pertama? Sebaliknya berikan sebab tujuan mengapa anda menghantar cover letter kepada HR dan bakal majikan.
  • Contohnya: Tujuan saya menghantar cover letter ini adalah untuk memohon jawatan sebagai Kerani Logistik di syarikat BAC Sdn Bhd.

3. Tiada Info Diri & Pendidikan

  • Kemudian perkenalkan diri anda, latar belakang pendidikan dan pengalaman kerja anda.
  • Juga nyatakan mengapa anda sesuai untuk jawatan tersebut
  • Contoh: Saya Rahman dan mempunyai Diploma Pentadbiran dari Institut Teknologi Malaysia dan mempunyai pengalaman sebagai pembantu kerani di XYZ Enterprise. Malahan, saya merupakan seorang pekerja yang boleh bekerja dengan semua orang, bersedia untuk menerima ilmu dan kemahiran baru serta sukakan cabaran yang diberikan.

4. Tiada Nombor Dihubungi

  • Bila dah habis semua maklumat dinyatakan, takkan anda terus buat penutup begitu sahaja.
  • Jangan lupa masukkan cara untuk menghubungi anda iaitu secara telefon, WhatsApp atau Emel.
  • Contoh: Terima kasih atas perhatian Tuan Amir dengan permohonan jawatan saya ini. Saya juga menyediakan bersama resume untuk rujukan pihak Tuan Amir dan saya boleh dihubungi secara telefon dan WhatsApp di nombor +60123456789 atau secara emel di [email protected].

Nampak mudah dan sedikit sahaja kesilapan di dalam cover letter yang pencari kerja lakukan tanpa disedari.

Selepas ini buat semula cover letter anda dan buat penambahbaikan dan hantar bersama resume anda utuk permohonan kerja.

Check juga resume anda serta masukkan 5 perkara penting ini dalam resume anda agar ia leih menarik perhatian majikan untuk ambil anda bekerja.

4 Kesalahan Cover Letter, Jangan Buat Kalau Mohon Kerja Melalui Emel

Rujuk: 5 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Resume, Buat Dengan Betul & Jangan Janji Siap Je, Update Sekarang!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.