5 Perkara Penting Perlu Ada Dalam Resume, Buat Dengan Betul & Jangan Janji Siap Je, Update Sekarang!

Resume merupakan satu dokumen ringkas yang menceritakan secara ringkas mengenai diri anda dan walaupun tidak diceritakan secara menyeluruh.

Sekurangnya-kurangnya ia memberikan satu gambaran yang menarik tentang diri anda untuk membuatkan majikan rasa rugi jika tak ambil anda bekerja bersama mereka.

Dan, pastikan 5 perkara wajib ni anda masukkan dengan info yang lengkap dan tepat ke dalam resume ya!

CARA CHECK RESUME ATS FRIENDLY

Kalau mohon kerja melalui website, pastinya majikan menggunakan sistem ATS untuk memilih pekerja yang mengikut kehendak dan jawatan yang ditawarkan.

Oleh itu, para pencari kerja perlu memastikan resume anda ATS friendly agar anda semua menjadi calon pilihan majikan.

Macam mana nak tahu resume yang anda hasilkan mesra ATS atau tidak? Ini cara check  resume, free sahaja tau!

5 PERKARA PENTING PERLU ADA DALAM RESUME

Mungkin sebelum ini sudah tahu perkara-perkara penting yang perlu ada dalam resume kan?

Tetapi 5 perkara penting in pula mestilah diletakkan dengan betul beserta info yang lengkap agar tidak menjadi tanda tanya atau persoalan kepada HR atau bakal majikan yang membaca resume anda.

Buat resume tu biarlah menarik dan perkara yang ingin disampaikan diterima dengan baik oleh HR dan Majikan sehingga tertarik dengan kelebihan yang ada pada anda.

Apakah 5 perkara ini dan apakah info yang perlu dimasukkanpada setiap kategori agar ianya lengkap dan sampai kepada HR serta Majikan? Tengok sini ya!

1. Pengalaman Kerja

  • Pada bahagian pengalaman kerja, pastikan info yang diberikan adalah lengkap.
  • Apa yang perlu anda masukkan adalah: Tempoh bekerja, deskripsi kerja, nama syarikat dan jawatan yang anda pegang.
  • Jangan buat majikan atau HR tertanya-tanya apa jawatan anda terdahulu, syarikat apa tugasan anda.

Rujuk: [Resume] Update Pengalaman Kerja Anda Dalam Resume & Masukkan Maklumat Ini

2. Pendidikan

  • Kadangkala pencari kerja nak buat kerja mudah dan nak siapkan resume dengan cepat sahaja.
  • Ada yang buat jadual untuk pendidikan dengan memasukkan nama sekolah, institusi pendidikan dan tahun belajar sahaja. Tak sempurna resume anda kerana maklumat yang diberikan tidak lengkap.
  • Apa yang perlu anda masukkan pada bahagian ini adalah: Nama institusi, pencapaian sepanjang tempoh belajar serta nama lengkap anugerah dan akhir sekali tempoh (tahun) anda belajar. Kan dah lengkap tu walaupun ringkas.

3. Info Dihubungi

  • Jangan lupa untuk masukkan info atau cara untuk menghubungi anda. Takkan HR nak bersusah payah cari info ini di media sosial dan sebagainya. Kadangkala pencari kerja terlupa atau anggap perkara ini tak penting.
  • Anda boleh masukkan contact info dengan meletakkan maklumat ini: Nombor telefon anda dan emel professional beserta alamat rumah anda. Senang nanti HR nak hubungi anda kalau mereka rasa anda layak untuk dipanggil interview.

4. Rujukan/Reference

  • Pada bahagian ini, jangan letak sembarangan orang sebagai rujukan anda. Sebelum letakkan mereka sebagai rujukan, hubungi mereka terlebih dahulu agar mereka memberikan persetujuan. Tak pasal-pasal nantii tak dapat recommendation pula.
  • Apa yang perlu anda masukkan pada bahagian rujukan ini ialah: Nama, jawatan dan nama syarikat, nombor telefon atau emel rujukan dan akhir sekali hubungan anda dengan rujukan. Elakkan daripada meletakkan mak,ayah atau saudara mara anda. Tak boleh!

Rujuk: Lepasan Graduan, Letak 3 Orang Ini Sebagai Reference Dalam Resume

5. Objektif Kerja/Career Objective

  • Ini juga bahagian yang sangat penting dalam resume. Tetapi dah jarang-jarang pencari kerja masukkan dalam resume masing-masing.
  • Career objective ini menunjukkan apa yang anda buat pada masa lalu, sekarang, semangat dalam menjayakan objektif karier anda dan akhir sekali plan anda pada masa hadapan dalam jawatan yang anda mohon.
  • Jangan lupa letakkan pada muka hadapan resume kerana heading pada resume sangat penting untuk menunjukkan siapa anda pada keseluruhan untuk review pertama HR dan bakal majikan.

Rujuk: Tahu Tak, Resume Heading Beri Impak Besar Pada Calon? 2 Tips Jadikan Resume Anda Bernilai!

Nampak tak disini betapa pentingnya 5 perkara ini dalam resume anda? Jangan buat cincai-cincai sekadar untuk mohon kerja tau! Update resume anda sekarang, buat permohonan dan tunggu untuk dipanggil temuduga.

Kalau anda nak dapatkan info berkaitan cara menyediakan resume serta tips yang berkaitan, layari https://kini.my/ dan hebahkan kepada rakan-rakan yang lain ya!

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.