Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Lepasan Graduan, Letak 3 Orang Ini Sebagai Reference Dalam Resume

2,735

Reference atau orang untuk dirujuk di dalam resume penting atau tidak dimasukkan ke dalam resume?

Sebenarnya sangat penting meletakkan reference ke dalam resume anda kerana HR atau majikan akan menelefon mereka untuk pengesahan.

Bagi lepasan graduan pula, siapa yang boleh mereka letakkan sebagai reference ke dalam resume?

TUJUAN REFERENCE DALAM RESUME

Apa tujuan sebenar reference dalam resume?

  • Rujukan bakal majikan untuk tahu maklumat lebih lanjut mengenai calon.
  • Bakal majikan juga boleh mendapatkan maklumat seperti kelakuan anda, cara bekerja, disiplin, komitmen anda dengan pekerjaan kerana mereka sangat berminat dengan anda untuk bekerja bersama-sama.
  • Selain itu, bakal majikan juga ingin dapatkan maklumat seperti gaji bulanan anda sebelum ini adakah ianya sama seperti yang anda masukkan ke dalam resume.
  • Akhir sekali, bakal majikan juga akan bertanya kepada reference sama ada mereka ingin bekerja semula dengan anda sekiranya diberi peluang. Mengapa? Jawapan dari reference adalah penentuan sama ada anda pekerja yang berkualiti atau tidak semasa berada di tempat lama.

Baca juga: Maklumat Apa Nak Letak Pada Muka Depan Resume Fresh Graduate & Pekerja Berpengalaman?

3 ORANG BOLEH JADI REFERENCE DALAM RESUME

Lepasan graduan boleh jadikan 3 orang ini sebagai reference anda dalam resume dan sudah pastinya mereka sangat meyakinkan untuk memberikan maklumat sekiranya dihubungi oleh bakal majikan.

Siapakah mereka? 3 orang reference tersebut ialah:

1. Pensyarah

  • Lepasan graduan boleh masukkan nama pensyarah yang paling rapat dengan anda dan pastikan pensyarah tersebut sangat mengenali anda.
  • Ini kerana setiap pensyarah tidak mengenali semua pelajarnya dan oleh itu, teruskan berbuat baik dengan pensyarah. Jangan skip kelas dan jangan tunjukkan sikap yang tidak baik ketika kelas dijalankan.

2. Penyelia 

  • Penyelia dimana pula tu? Pastinya penyelia di tempat anda praktikal anda.
  • Sebab itu penting untuk anda menunjukkan prestasi yang baik ketika membuat praktikal ditempat tertentu. Kemudian, ambil sikap bertanggungjawab ketika mendapat apa-apa tugasan yang diberikan oleh penyelia atau staf ditempat anda praktikal.
  • Timba ilmu sebanyak mungkin dan kutip pelbagai pengalaman dan kemahiran yang ada ditempat praktikal.
  • Ingat, jangan putuskan hubungan dengan penyelia, staf dan rakan sekerja yang lain agar anda sentiasa diingati oleh mereka dan sekurang-kurangnya mendapat feedback yang baik daripada mereka.

3. PENGURUS/PENYELIA PARTIME

  • Ini adalah antara yang sesuai dijadikan rujukan dalam resume kerana mereka antara orang yang terkini bekerja dengan anda.
  • Kebanyakan lepasan graduan bekerja part time sementara mendapat pekerjaan yang sebenar.
  • Jika anda ingin berhenti, berhenti dengan cara yang baik kerana mereka ini sangat sesuai dijadikan reference bagi lepasan graduan.
  • Diingatkan juga, sentiasa berbuat baik dengan mereka, patuhi arahan yang diarahkan, timba ilmu serta pengalaman sepanjang anda bekerja walaupun secara part time.
  • Ini kerana anda boleh masukkan semua maklumat dibahagian pengalaman bekerja selain daripada reference. Bonus buat anda!

Anda boleh masukkan sekurang-kurangnya 2 orang sebagai rujukan di dalam resume dan pastikan anda memberitahu kepada mereka terlebih dahulu agar mereka bersetuju dijadikan reference.

Rujuk: Perlukan Seseorang Menjadi Rujukan Di Dalam Resume Anda? Ini Caranya

Lepasan Graduan, Letak 3 Orang Ini Sebagai Reference Dalam Resume

Diharap perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan jangan lupa share dengan kawan-kawan yang lain ya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...