Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Maklumat Apa Nak Letak Pada Muka Depan Resume Fresh Graduate & Pekerja Berpengalaman?

3,568

Buka semula resume dan buat semakan semula mengapa resume anda tidak laku sedangkan anda fresh graduate yang tinggi CGPA nya.

Bagi anda yang mempunyai pelbagai pengalaman kerja pun jangan lupa semak semula resume kalau anda rasa nak dapatkan kerja dengan mudah selepas ini.

Yang pentingnya disini, semak semula isi kandungan pada muka surat hadapan resume anda tidak kira sama ada anda adalah fresh graduate atau anda seorang pekerja yang berpengalaman.

MENGAPA MUKA SURAT PERTAMA RESUME PENTING?

Muka surat pertama resume sangat penting kerana:

  • Menunjukkan info penting yang HR dan majikan ingin tahu mengenai calon.
  • Merupakan satu pandangan pertama secara menyeluruh seseorang calon dengan memaparkan kelebihan, pengalaman dan kemahiran yang diperlukan oleh majikan.
  • HR dan Majikan membuat imbasan bacaan secara sekali imbas untuk ketahui maklumat calon.

Jadi, pentingnya disini resume heading pada muka surat pertama resume agar majikan tidak terlepas membaca maklumat mengenai diri anda.

Muka surat pertama adalah daya penarik majikan membaca muka surat kedua resume anda.

HR dan majikan juga hanya mempunyai kurang daripada 1 minit untuk membuat review resume anda. Kalau menarik, barulah mereka akan membaca muka surat yang seterusnya.

MAKLUMAT APA NAK LETAK PADA MUKA DEPAN RESUME FRESH GRADUATE & PEKERJA BERPENGALAMAN?

Fresh graduate yang ingin siapkan resume anda, boleh dapatkan tips yang dikongsikan ini.

Maklumat apa yang nak diletak pada muka depan resume anda?

Apa yang anda perlu letakkan ialah:

Pekerja Berpengalaman

  • Gambar berukuran pasport
  • Pengenalan/Headline
  • Kemahiran/Pencapaian/Kursus
  • Pengalaman kerja yang ada dan berkaitan dengan jawatan yang dipohon

Bagi anda yang mempunyai pengalaman dalam bidang pekerjaan, semua perkara di atas sangat penting anda masukkan pada muka hadapan resume.

Ini kerana majikan akan mendapatkan pengalaman kerja yang ada pada anda dan kemahiran yang sesuai dengan jawatan yang anda pohon.

Fresh Graduate

  • Gambar berukuran pasport
  • Pengenalan/Headline
  • Akademik
  • Pencapaian/Kemahiran yang berkaitan
  • Pengalaman praktikal/internship

5 maklumat ini penting dimasukkan ke dalam muka hadapan resume anda dan lengkapkan ia seperti berikut:

  • Maklumat akademik beserta maklumat lengkap bidang pengajian(major/minor), institut pengajian, tahun dan CGPA yang anda perolehi.
  • Masukkan apa-apa sahaja pencapaian, anugerah yang pernah anda dapat dalam akademik, persatuan dan sebagainya.
  • Pada bahagian internship pula, masukkan jenis projek yang anda lakukan, jawatan, tarikh dan akhir sekali pencapaian yang anda perolehi.

CONTOH SUSUNAN TEMPLATE RESUME

Anda boleh merujuk pada susunan template resume pada gambar dibawah agar lebih faham untuk menyediakan resume nanti.

Muka Surat 1 Resume Pekerja Berpengalaman

Muka Surat 1 Resume Fresh Graduate

Maklumat Apa Nak Letak Pada Muka Depan Resume Fresh Graduate & Pekerja Berpengalaman?

Anda dah nampak bagaimana susunan resume yang perlu disediakan?

Jika ya, ubah resume dan pastikan anda menjadi calon yang diidamkan oleh majikan pada masa kini.

Baca juga: Resume Modern VS Resume Classic, Mana Yang Lebih Baik?

PANDUAN BINA RESUME MEMIKAT MAJIKAN

PANDUAN RESUME KERJAYA

Khas untuk anda, pihak kami telha mengeluarkan panduan Resume khas untuk membantu anda menghasilkan resume menarik yang pasti dapat memikat hati majikan. Anda boleh dapatkan panduan resume ini melalui pautan disediakan di atas.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...