Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Boleh Atau Tak Letak CGPA Dalam Resume? Kalau Boleh Letak, Apakah Caranya?

5,205

Ada yang tertanya-tanya, boleh ke letakkan CGPA ke dalam resume?

Ini kerana terdapat beberapa percanggahan pendapat yang mengatakan bahawa tidak boleh diletakkan CGPA ke dalam resume.

Ada juga yang mengatakan bahawa anda semua boleh meletakkan CGPA ke dalam resume tetapi mestilah mengikut tips yang akan dikongsikan ini.

APA ITU CGPA?

CGPA adalah markah keseluruhan bagi semua semester yang telah semua pelajar lalui.

Jika anda mendapat poiter CGPA 3.5 keatas, anda akan dianugerahkan ijazah kelas pertama. Untuk pengiraan CGPA, markah bagi setiap gred yang diperoleh bagi sem lepas akan dibahagi dengan jumlah kredit yang telah diambil.

Contoh kepentingan CGPA yang tinggi adalah:

  • Membolehkan anda meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
  • Memasuki universiti yang baik
  • Mendapatkan biasiswa
  • Membantu untuk mencari pekerjaan

Baca juga: 3 Cara Terbaik Jual Diri Semasa Interview Sampai Majikan Panggil Anda Masuk Bekerja Lebih Awal

PERLU ATAU TIDAK LETAKKAN CGPA DALAM RESUME?

Perlu atau tidak, ia sebenarnya tidak penting.

Mengapa?

Ini kerana sesetengah penemuduga suka melihat pointer anda sebagai satu cerminan kepada sikap anda ketika anda berada di institusi pengajian.

Namun, tidak semua pointer tinggi menunjukkan bahawa calon tersebut mempunyai kemahiran atau pengalaman yang diperlukan oleh majikan.

Ianya adalah satu bonus sekiranya calon mempunyai kedua-dua kelebihan ini.

Ingat sesuatu,

FRESH GRADUATE DIGALAKKAN MELETAKKAN CGPA DALAM RESUME!

CARA LETAKKAN CGPA DALAM RESUME

Apa pula caranya untuk letakkan CGPA dalam resume?

Untuk letakkan CGPA dalam resume, pastikan:

  • Letakkan CGPA dengan angka yang betul dan tepat seperti contoh berikut: CGPA 3.65
  • Jangan rounding nombor CGPA anda. Mungkin penemuduga akan melihat transkrip anda. Contohnya: CGPA 3.65 jadikan 3.70

Jika CGPA bawah 3.00, boleh ke letak? Macam malu je sebab CGPA rendah sangat.

Anda kurang digalakkan untuk meletakkanya ke dalam resume dan sebaliknya mantapkan resume anda dengan meletakkan:

  • Pengalaman kerja/internship/part time berkaitan dengan jawatan yang dipohon
  • Masukkan pencapaian anda yang terbaik pernah anda capai dan kaitkan dengan pekerjaan yang anda mohon
  • Nyatakan kelebihan anda yang lain-lain seperti kebolehan berbahasa selain Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris seperti Bahasa Mandarin, Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan sebagainya.

Mengapa digalakkan meletakkan kemahiran, kelebihan dan pencapaian anda? Ini kerana maklumat ini akan membezakan antara anda dengan calon yang lain dan kemungkinan besar anda menjadi pilihan majikan untuk menjawat jawatan yang diiklankan.

Contoh CGPA beserta maksudnya.

Boleh Atau Tak Letak CGPA Dalam Resume? Kalau Boleh Letak, Apakah Caranya?

Semoga anda menjadi calon pilihan untuk menjawat jawatan yang dipohon dan semoga tips ini berjaya membantu anda nanti!

Baca juga: Apa Nak Tulis Dalam Cover Letter Jika Layak Mohon 3 Jawatan?

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...