Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

3 Cara Terbaik Jual Diri Semasa Interview Sampai Majikan Panggil Anda Masuk Bekerja Lebih Awal

2,663

Kalau boleh, biarlah anda menjadi calon yang berbeza dari orang lain semasa temuduga dijalankan.

Kadangkala penemuduga pun rasa bosan kalau calon yang datang tidak menonjol dan sama dengan calon-calon yang lain.

Oleh itu, anda jadilah calon yang dicari oleh majikan dan jual diri anda dengan menunjukkan beberapa kelebihan diri anda sehingga menarik perhatian majikan. Tapi, nak jual diri semasa interview bukan hentam macam tu sahaja ya! Ada tipsnya yang boleh anda amalkan untuk jual diri semasa interview nanti.

KELEBIHAN JUAL DIRI SEMASA INTERVIEW

Jual diri semasa interview ini sebenarnya tidak boleh dilakukan secara berlebihan.

Anda hanya perlu menyatakan kelebihan diri anda berdasarkan pengalaman yang telah anda lalui sahaja! Ingat, jangan menipu ketika menjual diri anda dihadapan penemuduga.

Terdapat beberapa kelebihan ketika menjual diri anda semasa interview dan antaranya ialah:

  • Memberikan impak bahawa anda adalah calon yang mempunyai aura positif.
  • Mempunyai WOW FACTOR seperti yang diinginkan oleh majikan.
  • Bersemangat dan menunjukkan diri calon bersedia dan berminat dengan jawatan yang dipohon.
  • Menunjukkan calon disenangi ketika bekerja dan mempunyai fikiran yang sihat untuk bertugas.

Diingatkan sekali lagi, menjual diri ketika interview itu bagus, tetapi jangan menipu dan berlebih-lebihan.

3 TIPS JUAL DIRI SEMASA INTERVIEW

“Saya tak tahu cara untuk menjual diri semasa interview. Boleh terangkan?”

Bagi anda yang tidak tahu cara yang betul untuk menjual diri ketika temuduga, ikuti 3 tips mudah yang boleh anda amalkan nanti.

3 tips jual diri semasa interview ialah:

RESUME

  • Apa kaitan dengan resume? Kaitannya ialah, anda jangan buat sahaja resume tetapi tidak biasa dengan isi kandungan resume yang anda hasilkan.
  • Sebaliknya, masukkan semua maklumat yang berkaitan dengan anda pohon, pengalaman bekerja yang benar anda lalui serta fakta yang benar seperti tahun belajarm bekerja dan sebagainya.
  • Seterusnya baca berkali-kali agar apa yang anda terangkan sama dengan apa yang ada di dalam resume dan buat huraian sekiranya perkara yang ingin anda sampaikan yang tiada dalam resume. Kemungkinan besar panel penemuduga ingin tahu lebih lanjut mengenai pengalaman bekerja anda sebelum ini dan kemahiran yang anda ada.

BERSEDIA

  • Ingat! Sentiasa membuat persediaan setiap kali hadir temuduga. Bukan sekadar pakaian, malahan mendapatkan maklumat mengenai cara menjawab soalan tanpa menyebut TAK TAHU.
  • Anda juga perlu bersedia dengan soalan maut, tricky dan soalan tingkah laku. Kadangkala soalan macam tak masuk akal tetapi ada alasannya mengapa mereka bertanyakan soalan seperti itu.
  • Antara soalan maut yang ditanya ialah, “Bagaimana anda nak handle stress?” atau Apa peranan anda pada negara selama ini?” dan Apa yang anda suka?”. Kebanyakan soalan-soalan maut, tricky dan tingkah laku yang ditanya tidak terjangka dan dirasakan tidak ada kena mengena dengan jawatan yang dipohon.
  • Banyakkan buat bacaan dan dapatkan contoh-contoh soalan temuduga yang dikongsikan ya!

TANYA SOALAN BIJAK

  • Diakhir temuduga, anda akan ditanya, Ada apa-apa soalan?”. Apakah soalan yang anda nak tanya?
  • Pastikan anda bertanyakan soalan yang bijak dan sediakan beberapa soalan sebelum hadir temuduga.
  • Soalan-soalan tersebut mestilah berkaitan dengan bidang pekerjaan anda, pencapaian syarikat yang tidak terdapat dalam blog atau media sosial tersebut dan fokus kepada perkara general syarikat. Elakkan daripada menyentuh soal gaji, cuti tahunan dan bonus syarikat.

Secara keseluruhannya disini, menjual diri semasa interview sebenarnya adalah dengan menceritakan kelebihan diri anda dari pelbagai sudut tetapi tidak berlebihan.

Pastikan anda yakin semasa menjawab soalan dan buat persediaan termasuk menyediakan beberapa soalan yang bijak untuk ditanya kepada panel penemuduga.

3 Cara Terbaik Jual Diri Semasa Interview Sampai Majikan Panggil Anda Masuk Bekerja Lebih Awal

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...