Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Apa Nak Tulis Dalam Cover Letter Jika Layak Mohon 3 Jawatan?

1,488

Ada syarikat yang menyenaraikan pelbagai jenis jawatan pada iklan mencari pekerja kerana terdapat banyak kekosongan.

Bagi pencari kerja pula, inilah masa yang sesuai untuk membuat permohonan kerja kerana sudah lama ingin mendapatkan pekerjaan. Tetapi apabila diteliti, anda layak untuk memohon 2 atau 3 jenis jawatan yang ditawarkan.

Apa yang perlu ditulis dalam cover letter nanti sekiranya anda ingin memohon lebih daripada 1 jawatan?

COVER LETTER

Cover letter adalah satu dokumen yang bertindak sebagai surat pengenalan untuk memohon sebarang pekerjaan.

Ia merupakan satu dokumen iringan dengan menyatakan informasi yang diinginkan oleh majikan selain daripada resume atau CV.

Selain itu, kebanyakan pemohon kerja membuat permohonan kerja tanpa menghantar bersama cover letter dan ia menjadikan resume atau CV ini tidak bernilai.

Jadi ingat, siapkan cover letter dan hantarkan ia bersama resume dan CV anda untuk membuat permohonan kerja.

KESALAHAN MENULIS COVER LETTER

Hati-hati ketika menulis cover letter dan elakkan daripada membuat kesalahan berikut:

  • Kurang research
  • Menulis semua info sama dalam resume
  • Isi kandungan yang general
  • Salah ejaan
  • Campur aduk bahasa

Untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut, anda boleh dapatkan pada pautan ini:

TULIS JAWATAN DIPOHON DALAM COVER LETTER

Jika anda dapati anda boleh memohon lebih daripada 1 jawatan, apa yang perlu anda tulis dalam cover letter?

Jangan sampai tidak menulis nama jawatan yang anda ingin mohon walaupun terdapat lebih daripada 1 jawatan yang layak dengan anda.

Macam mana nak tulis kalau nak mohon lebih daripada 1 jawatan? Kena buat cover letter yang berlainan atau macam mana?

Jika anda nak mohon lebih daripada satu jawatan, anda boleh menulis tajuk cover letter seperti berikut:

  • PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI KERANI LOGISTIK & KERANI PENTADBIRAN

Atau anda boleh menulis tajuk cover letter seperti ini:

  • PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI KERANI LOGISTIK ATAU SETARAF

Anda diingatkan untuk menulis nama jawatan yang anda ingin mohon walaupun tidak tahu nak mohon jawatan apa kerana terdapat lebih daripada 1 jawatan yang anda layak mohon.

Ingat juga, HR tidak mempunyai masa untuk memilih jawatan yang ditawarkan kepada anda.

Tetapi sekurang-kurangnya dengan meletakkan tajuk seperti diatas, HR atau bakal majikan boleh mencadangkan jawatan mana yang sesuai dengan anda berdasarkan kelayakan pendidikan dan pengalaman anda.

Baca juga: Apa Yang Tidak Boleh & Apa Yang Boleh Dibuat Ketika Hantar Resume Kepada HR Melalui Emel?

Apa Nak Tulis Dalam Cover Letter Jika Layak Mohon 3 Jawatan?

Sekali lagi diingatkan, letakkan sahaja nama jawatan yang dimohon walaupun terdapat lebih daripada 1 jawatan yang sesuai dengan anda.

Semoga permohonan kerja anda berjaya dan dipanggil untuk proses seterusnya!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...