Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

[Resume] Update Pengalaman Kerja Anda Dalam Resume & Masukkan Maklumat Ini

1,230

Dah check ke resume anda tu?

Kalau dah lama tak update resume anda, apa kata kali ini buat penambahbaikan dalam resume anda dengan menulis resume anda dengan memasukkan maklumat pada pengalaman kerja yang buat HR teruja dengan anda!

Jangan lupa, WOW FACTOR tak tunggu anda dipanggil temuduga, tetapi cara anda menyediakan resume dengan memasukkan maklumat yang diperlukan tetapi padat malah buat HR tak sabar panggil anda untuk ditemuduga.

JANGAN MASUKKAN PENGALAMAN KERJA BEGINI

Kalau sebelum ini anda masukkan pengalaman seperti contoh dibawah, sebaiknya update dan jadikan resume anda adalah resume yang terbaik pernah diterima oleh HR.

Contoh Pengalaman Kerja Sebelum Ini

WORKING EXPERIENCE

  • Graphic Designer
    ABC Creative Design
    2018-Current
  • Sales & Marketing
    XYZ Sdn Bhd
    2015-2018

Elakkan daripada menyediakan pengalaman kerja begini dalam resume anda kerana info yang anda sediakan tidak cukup maklumatnya.

Apa yang anda cuba sampaikan kepada HR?

CARA MENULIS PENGALAMAN KERJA DI RESUME YANG BETUL

Jika cara diatas tidak betul, apakah cara yang betul untuk menulis pengalaman kerja di resume sehingga menarik perhatian HR atau bakal majikan untuk memanggil anda ditemuduga?

Masukkan maklumat berikut:

  1. Masukkan nama syarikat
  2. Letakkan fokus syarikat seperti perniagaan secara online, audit akaun dan sebagainya.
  3. Letakkan lokasi syarikat yang anda pernah bekerja dahulu.
  4. Masukkan bersama pencapaian sepanjang anda bekerja dengan syarikat tersebut.

Update pengalaman kerja anda pada resume dengan cara begini:

WORKING EXPERIENCE

Sales & Marketing Executive
XYZ Sendirian Berhad (Ipoh, Perak)
Is a company focus on e-commerce business

2015-2020

Responsibility:
– Grow the follower of company FB and a IG account
– Organise monthly reach out campaign for Xiomi phone

Achievement:
– Successfully growth FB follower from 1,000 to 100,000 within 6 months

APA YANG TIDAK BOLEH DIBUAT KETIKA HANTAR RESUME SECARA EMEL KEPADA HR?

Kalau nak hantar resume kepada Human Resources (HR), apa yang anda tidak boleh lakukan ialah:

  • Jangan save file resume anda dengan format word atau jpeg
  • File resume terlalu besar
  • Jangan pisah-pisahkan file resume semasa anda sedang menghantar permohonan kerja

Jadi, apa yang perlu dilakukan untuk menghantar resume secara emel kepada HR?

Rujuk disini: Apa Yang Tidak Boleh & Apa Yang Boleh Dibuat Ketika Hantar Resume Kepada HR Melalui Emel?

Jika anda diminta menghantar resume melalui whatsapp, sila amalkan perkara berikut:

TIPS & LANGKAH HANTAR RESUME MELALUI WHATSAPP

Untuk menghantar resume melalui whatsapp, sangat mudah. Ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Update Resume

  • Apa yang penting disini, update dahulu resume anda. Pastikan ianya adalah resume yang terkini.

Save Bentuk PDF

  • Seterusnya, setelah siap update resume anda pastikan anda save dalam bentuk words dahulu. Selepas itu, save semula dalam bentuk PDF.
  • Resume dalam bentuk PDF sangat digalakkan kerana ia boleh dibuka dalam mana-mana device.
  • Format resume anda juga tidak akan berubah kerana telah disimpan dalam bentuk PDF. Jadi, anda WAJIB save resume anda dalam bentuk PDF sebelum hantar kepada wakil majikan melalui whatsapp.
  • Letakkan nama yang sesuai pada dokumen PDF anda seperti contoh berikut: RESUME AHMAD

Untuk info lebih lengkap, klik sini.

Jangan lupa, update pengalaman kerja dengan cara yang terkini seperti yang dikongsikan ini.

Lain dari yang lain dan itulah WOW FACTOR anda dan membuatkan HR serta bakal majikan tertarik dengan anda!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...