Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Diminta Hantar Resume Melalui Whatsapp. Apa Perlu Buat & Ini Adabnya

15,061

Tak terjangka apabila wakil syarikat tempat anda mohon kerja meminta anda untuk menghantar resume melalui whatsapp sahaja.

Nak kena hantar resume dalam bentuk yang bagaimana pula jika melalui whatsapp?

Yang pastinya, jangan pula anda hantar resume anda dalam bentuk screenshot pula nanti. Risau nanti bakal majikan anda terus reject anda mentah-mentah pula!

HANTAR RESUME MELALUI WHATSAPP

Apabila bakal majikan meminta anda untuk menghantar resume melalui whatsapp, ini adalah perkara yang paling mudah buat anda.

Ini kerana anda tidak perlu lagi membuka laptop untuk menghantar melalui email lagi.

Guna telefon lagi cepat dan mudah,kan!

Baca juga: Boleh Ke Temuduga Melalui Whatsapp? Boleh & Ini Tips Berguna Untuk Calon Amalkan

TIPS & LANGKAH HANTAR RESUME MELALUI WHATSAPP

Untuk menghantar resume melalui whatsapp, sangat mudah. Ikut langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Update Resume

  • Apa yang penting disini, update dahulu resume anda. Pastikan ianya adalah resume yang terkini.

Save Bentuk PDF

  • Seterusnya, setelah siap update resume anda pastikan anda save dalam bentuk words dahulu. Selepas itu, save semula dalam bentuk PDF.
  • Resume dalam bentuk PDF sangat digalakkan kerana ia boleh dibuka dalam mana-mana device.
  • Format resume anda juga tidak akan berubah kerana telah disimpan dalam bentuk PDF. Jadi, anda WAJIB save resume anda dalam bentuk PDF sebelum hantar kepada wakil majikan melalui whatsapp.
  • Letakkan nama yang sesuai pada dokumen PDF anda seperti contoh berikut: RESUME AHMAD

Kata Aluan

  • Ingat, jangan terus hantar dokumen anda begitu sahaja kepada HR atau bakal majikan.
  • Nyatakan dahulu bahawa anda ingin menghantar resume seperti yang dipohon.
  • Berikan sedikit kata aluan dan juga penutup ya! Barulah HR dan bakal majikan tahu anda seorang yang sopan dan beradab mohon kerja walaupun melalui whatsapp sahaja.

Hantar

  • Buka pada bahagian (+) di whatsapp anda dan klik Document.
  • Buat pencarian dokumen yang ingin dihantar.
  • Klik dan hantar.

How to Send Photos as Document in WhatsApp (Android & iPhone) - oTechWorld

MAKLUM

  • Jangan lupa maklumkan kepada HR atau bakal majikan bahawa anda telah menghantar resume anda.
  • Ini bertujuan agar HR atau bakal majikan tidak terlepas pandang bahawa resume anda telah dihantar pada tarikh dan masa tersebut.

Mudah sebenarnya hantar resume melalui whatsapp. Cuma anda perlu lakukannya dengan beradab dan menghormati HR/ bakal majikan walaupun melalui whatsapp.

How To Export WhatsApp Chat As PDF

Baca juga: Jangan Taip “PM”/”DM” Pada Iklan Jawatan Kosong Di Facebook Atau Di Instagram. Buat Ini Untuk Mohon

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...