Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Jangan Taip “PM”/”DM” Pada Iklan Jawatan Kosong Di Facebook Atau Di Instagram. Buat Ini Untuk Mohon

1,234

Sering kali terlihat pencari kerja yang ingin mendapatkan kerja menulis “PM”/”DM” pada ruangan komen di Facebook dan Instagram yang memaparkan iklan jawatan.

Sebagai pencari kerja, anda diingatkan untuk tidak lagi berbuat demikian sekiranya anda benar-benar ingin mendapatkan kerja tersebut.

Ubah sikap anda dan sebaliknya anda perlu melakukan sesuatu untuk mendapatkan maklumat seterusnya membuat permohonan dengan cara yang betul.

Baca juga: Mohon Kerja Kilang Pun Perlu Resume Tau! Biar Ringkas & Padat Tetapi Penuh Maklumat

“PM”/”DM” IKLAN JAWATAN KOSONG DI FACEBOOK & INSTAGRAM

Walaupun wakil majikan mengiklankan jawatan kosong di media sosial seperti di Facebook dan Instagram, anda diingatkan untuk membuat pertanyaan dengan cara yang betul.

Bukan dengan menaip “PM”/”DM” pada ruangan komen kerana mereka tidak mempunyai masa untuk melihat komen anda satu persatu.

Anda juga diingatkan bahawa anda yang memohon kerja dan bukan wakil majikan ya!

Jadi, anda perlu ubah sikap anda sekiranya ingin mendapatkan pekerjaan yang telah diiklankan, lakukan perkara yang akan dikongsikan disini.

CARA BERTANYAKAN MAKLUMAT LANJUT JAWATAN & MOHON JAWATAN

Pencari kerja boleh terus hubungi pegawai HR atau wakil syarikat untuk mendapatkan info selanjutnya jawatan kosong yang diiklankan.

Sudah pasti mereka yang iklankan jawatan akan meninggalkan nombor telefon untuk dihubungi atau untuk dimesej melalui pelbagai saluran.

Tetapi lebih baik sekiranya mereka meninggalkan alamat email untuk dihubungi.

Mengapa email lebih baik? Ini kerana anda boleh terus menghantar email permohonan anda beserta resume.

Panggilan Telefon

  • Jika anda membuat panggilan telefon, anda perlu kenalkan diri anda dan bercakap dengan nada yang rendah tetapi boleh didengari oleh pihak HR.
  • Seterusnya nyatakan yang anda telah melihat iklan di media sosial pada tarikh yang berikut, nama jawatan dan nama syarikat.
  • Nyatakan anda ingin memohon jawatan yang diiklankan dan tanyakan cara untuk membuat permohonan.
  • Ucapkan terima kasih setelah berpuas hati dengan maklumat yang diberikan.

How to Have an Efficient Call with Suppliers | 360Connect

Whatsapp

  • Jika anda ingin hubungi melalui whatsapp, pastikan anda bertanyakan dengan cara yang beradab.
  • Berikan salam dan nyatakan siapa anda. Sertakan bersama screenshot iklan jawatan kosong yang diiklankan agar pertanyaan anda lebih jelas dan difahami oleh wakil syarikat.
  • Terus bertanyakan info yang anda perlukan dan ucapkan terima kasih pada HR atau wakil syarikat yang berkaitan.

Note to self in WhatsApp: How to chat with yourself in WhatsApp to take  notes or remember a grocery list

Email

  • Buat email dengan teratur untuk bertanyakan soalan yang anda ingin tahu.
  • Pastikan email anda diletakkan dengan tajuk yang sesuai untuk bertanyakan maklumat berkaitan kerja. Letakkan kata aluan serta meletakkan panggilan yang sesuai.
  • Ingat, pandangan pertama HR atau wakil syarikat sangat penting ya!
  • Pastikan juga email anda adalah email yang profesional. Jangan lupa masukkan nombor telefon agar senang HR menghubungi anda.
  • Secara tidak langsung, anda boleh terus menghantar permohonan jawatan yang diiklankan.
  • Cepat bertindak, cepat dapat kerja anda nanti!

Gmail Tips That Will Help You Conquer Email | PCMag

Anda dah dapat sesuatu disini? Selepas ini, tolong jangan taip “PM”/”DM” lagi ya!

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan lakukan perubahan agar anda berjaya mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan.

Anda juga boleh membuat permohonan kerja melalui platform MyFutureJobs disini.

Peluang Kerjaya di MyFutureJobs PERKESO

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...