Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

4 Menu Diet Ini Boleh Hilangkan 10kg Berat Badan Anda. Tunggu Apa Lagi tu?!

1,508

Pelbagai menu telah dicuba sekiranya anda ingin menurunkan berat badan secara sihat.

Ingat, diet tak semestinya sampai tak makan pula ya! Jaga pemakanan kerana 80% untuk sihatkan badan adalah melalui makanan.

Nak menu diet untuk kuruskan badan? Ini menu diet buat anda dan jangan lupa untuk amalkan tau!

Baca juga: Jom Makan Secara Sihat! Ini Resepi Ikan Talapia Bakar Kunyit. Boleh Cuba Untuk Makan Tengahari

CARA DIET YANG BETUL

Ramai yang beranggapan bahawa diet adalah perbuatan meminimumkan makan dan minum sampai sanggup tahan lapar dan ikat perut.

Sebenarnya, anda tidak perlu menyeksa diri anda sampai begitu sekali. Jika anda tahu cara diet yang betul, rasanya tiada masalah yang akan terjadi.

Antara tips yang boleh diamalkan ialah:

  • Jangan terlepas sarapan pagi
  • Minum air kosong lebih banyak
  • Makan lebih banyak sayur dan buah
  • Makan pada waktu yang tetap
  • Tidak perlu ‘mengharamkan’ makanan
  • Guna pinggan dan mangkuk yang lebih kecil
  • Diet tidak bermaksud tidak boleh aktif

RESEPI MENU SIHAT UNTUK DIET

Antara resepi menu sihat untuk diet dan boleh hilangkan 10kg dalam tempoh sebulan ialah:

1. Roti telur cheese

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti wholemeal
  • 4 biji telur
  • 2 keping cheese 
  • Black pepper 
  • Chili flakes

Cara-cara penyediaan

  • Susun roti atas pinggan.
  • Pecahkan telur di tengah-tengah roti.
  • Letakkan cheese bersebelahan dengan telur.
  • Taburkan pepper dan chili flakes.
  • Panaskan dalam microwave selama 1 minit setengah.

Image from Nora Azni (Facebook)

2. Salad telur rebus

Bahan-bahan:

  • Lettuce
  • Daun salad (ungu gelap)
  • 2 biji telur rebus
  • 1 batang timun jepun (dipotong)
  • Tomato ceri (dibelah 2)
  • Chili flakes secukup rasa
  • Black pepper secukup rasa
  • Lada putih secukup rasa

Cara-cara penyediaan

  • Potong lettuce dan daun salad, basuh dengan bersih dan toskan air.
  • Rebus telur sehingga masak. Kupas kulit dan potong 4.
  • Masukkan semua bahan dan gaul sehingga sebati.
  • Hiaskan dengan telur rebus.

Image from Nora Azni (Facebook)

3. Telur hancur cendawan butang

Bahan-bahan

  • 2 biji bawang putih (dicincang)
  • 4 biji cendawan (dihiris nipis)
  • 3 biji telur (pecah dalam mangkuk dan tambah sedikit garam, kacau)
  • 1 sudu butter
  • Chili flakes
  • Black pepper

Cara-cara penyediaan

  • Panaskan pan, masukkan butter, bawang putih dan cendawan.
  • Masukkan chili flakes dan black pepper.
  • Masukkan telur, kacau rata sehingga masak.

Image from Nora Azni (Facebook)

4. Breakfast platter (3 orang)

Bahan-bahan

  • 2 keping tortilla (dipotong segi tiga)
  • Beef pepperoni
  • Beef salami
  • Cheddar cheese
  • Daun salad
  • 2 biji telur (goreng mata kerbau separuh masak)
  • Tomato ceri (dibelah 2 dan grill sekejap dalam pan)
  • 6 keping roti baguette (dipotong dan titiskan olive oil)
  • Sedikit sos cheese

Cara-cara penyediaan

  • Susun atas pinggan cantik-cantik.

Tip: Cara makan, ambil tortilla, letak pepperoni, cheddar cheese dan tomato. Wrap dan makan dengan penuh kenikmatan!

Image from Nora Azni (Facebook)

Kalau anda rasa nak makan nasi untuk diet, boleh sahaja!

Gunakan konsep sukusukuseparuh seperti yang dikongsikan oleh KKM seperti gambar dibawah.

4 Menu Diet Ini Boleh Hilangkan 10kg Berat Badan Anda. Tunggu Apa Lagi tu?!

Baca juga: Tips Kurangkan Lemak & Minyak Semasa Sediakan Makanan Daripada NutrionistKKM. Jom Cuba Sebelum Terlambat!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...