Terkini, bayaran balik pinjaman dan penabungan dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) boleh dilakukan menerusi empat saluran pembayaran baharu secara dalam talian bagi memudahkan orang ramai.
Dengan adanya 4 saluran bayaran balik pinjaman dan penabungan SSPN, orang ramai tidak perlu lagi bersesak untuk meneruskan urusan di kaunter sekaligus megurangkan kadar jangkitan Covid-19 yang sedang melanda negara sekarang ini.
Apakah 4 saluran bayaran balik pinjaman dan penabungan SSPN yang telah dilancarkan untuk kemudahan orang ramai tersebut?
TUJUAN 4 SALURAN PEMBAYARAN BAHARU PTPTN DIPERKENALKAN
Isi Kandungan
Tujuan utama 4 saluran pembayaran baharu PTPTN ini diperkenalkan adalah:
- Membantu masyarakat menunaikan tanggungjawab mereka sebagai peminjam dan dapat menyimpan dalam SSPN secara konsisten tanpa perlu keluar rumah untuk ke kaunter PTPTN.
- Pendekatan bayaran secara dalam talian ini juga sebahagian usaha ke arah pendigitalan PTPTN secara menyeluruh bagi penyampaian perkhidmatan dalam talian berbentuk hujung ke hujung (end to end).
Baca juga: Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak. Ini Cara Buat Semakan
DISKAUN BAYARAN PTPTN 2022 DILANJUTKAN & INI JUMLAH DISKAUN
Untuk makluman anda juga, melalui Bajet 2022, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN akan dilanjutkan bermula:
- 1 November 2021 hingga 30 April 2022 (6 bulan)
Diskaun yang diberikan adalah seperti berikut:
- 15% diskaun atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- 12% diskaun untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran.
- 10% diskaun diberikan untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.
Rujuk: [Bajet 2022] Diskaun Bayaran Balik PTPTN Bermula 1 November 2021 Hingga 30 April 2022
4 SALURAN PEMBAYARAN BAHARU PTPTN SECARA ONLINE
Antara 4 saluran pembayaran baharu PTPTN secara online adalah:
- Shopee
- kiplePay
- BESTPay
- KelantanPAY
Kerjasama strategik PTPTN dengan empat penyedia saluran bayaran secara dalam talian itu bertepatan dengan gaya hidup norma baharu yang menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi di hujung jari.
Secara tidak langsung ia juga dapat membantu menguragkan rantaian Covid-19 kerana kaedah bayaran secara dalam talian adalah salah satu cara yang terbaik untuk diadaptasi oleh orang ramai ketika ini.
KEMPEN CLICK, PAY & EARN
PTPTN juga turut mengadakan kempen Click, Pay & Earn dengan kerjasama 4 saluran pembayaran istimewa ditawarkan kepada semua pelanggannya.
Kempen Click, Pay & Earn ini menggunakan konsep ‘Siapa Cepat Dia Dapat’ dimana pengguna terawal yang menggunakan salah satu daripada 4 tawaran ini dalam tempoh hingga 24 Jun berpeluang mendapat pulangan menarik yang ditawarkan.
Caranya ialah:
- Pelanggan yang menggunakan aplikasi berkenaan untuk membuat bayaran balik pinjaman atau penambahan deposit SSPN dalam tempoh promosi berpeluang menerima pemberian syiling atau pulangan tunai.
Contoh
- Shopee menyediakan pulangan tunai 2,500 syiling bagi deposit minimum RM100 untuk bayaran atau deposit.
- KiplePay menawarkan pulangan tunai RM20 bagi pembayaran minimum RM300 yang dikhususkan untuk 500 pelanggan terawal dalam tempoh promosi.
- BESTPay pula menawarkan ganjaran RM20 bagi 500 pelanggan terawal dan RM10 untuk 200 pelanggan berikutnya bagi setiap pembayaran atau deposit serendah RM20.
- KelantanPAY pula menawarkan pulangan tunai RM10 untuk 100 pelanggan awal yang membuat pembayaran minimum RM100 dan RM5 untuk 100 pelanggan berikutnya dalam tempoh promosi ini
Baca juga: Bayar PTPTN Dengan E-Wallet. Jom, Senang Je
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai 4 saluran baharu pembayaran PTPTN secara dalam talian dan kempen Click, Pay & Earn, sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.