Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Mungkin 4 Soalan Sensitif Ini Ditanya Semasa Interview. Contoh Jawapan Ada Disini

912

Calon temuduga mungkin dah buat persediaan soalan untuk interview yang akan datang.

Tetapi anda semua kena ingat! Panel penemuduga mungkin mempunyai soalan-soalan lain yang tidak terjangka dan soalan tersebut mungkin agak sensitif pada calon.

Apakah 4 jenis soalan sensitif yang ditanya semasa temuduga dan dapatkan contoh jawapan disini. Risau juga, salah jawab  nanti lain pula jadinya ya!

SOALAN PELIK INTERVIEW

Kadangkala panel penemuduga suka bertanyakan soalan yang pelik ketika sesi temuduga dijalankan.

Tapi jangan risau, soalan pelik yang diajukan ini sebenarnya mempunyai maksudnya tersendiri.

Contoh soalan pelik yang kadangkala ditanya oleh penemuduga ialah:

  • “Boleh berpantun tak? Kalau boleh, jom kita berbalas pantun”: Penemuduga nak uji kreativiti dan ingin tahu adakah anda seorang pemalu atau tidak.
  • “Kalau diberi pilihan, nak jadi superhero yang mana?”: Disini, penemuduga nak lihat sifat kepimpinan anda jenis bagaimana. Sama ada agresif, lemah lebut, bossy atau sebagai leader.
  • “Ini buku, macam mana awak nak jual buku ini kepada saya?”. Biasanya penemuduga nak uji macam mana calon berfikir dengan yakin, kreatif dan sifat kesungguhan yang ada dalam diri.

Tapi sebagai calon, jangan sesekali jawab tak tahu kalau disoal dengan soalan pelik begini. Tarik nafas dan berikan jawapan yang kreatif.

4 SOALAN SENSITIF SEMASA TEMUDUGA & CONTOH JAWAPAN

Mungkin soalan-soalan ini ditanya oleh panel penemuduga kepada anda. Tak perlu risau, tetapi bolehlah buat persediaan awal. Tidak lah nanti anda terkial-kial nak jawab.

Kita tengok apa aoalan dan jawapannya.

Soalan 1

  • Sebagai rakyat, apa pendapat awak mengenai isu politik yang sedang berlaku di negara kita pada masa kini?

Jawapan 

  • Pada pendapat saya, situasi politik yang berlaku pada masa kini sebenarnya juga biasa berlaku di luar negara. Jadi, ia adalah satu lumrah dunia politik dan sebagai rakyat, tenang sahaja hadapi semua ini.

Nota

  • Jangan komen lebih-lebih atau tunjukkan anda tu pro parti. Bahaya! Jawab secara biasa sahaja tanpa memihak kepada sesiapa ya!

Soalan 2

  • E-sport game bagus kan! Sampai jadi jutawan pemain game Malaysia. Awak ok tak kalau pekerja main Mobile Legend atau PUBG?

Jawapan

  • Pada pendapat saya, ia agak tidak sesuai untuk staf saya kalau ia melibatkan masa sampai tidak cukup tidur. Nanti ia menyebabkan kualiti kerja tidak mencapai target dengan alasan mengantuk dan sebagainya. Melainkan staf pandai membahagikan masa, tidak mengganggu masa bekerja dan sihat itu tiada masalah untuk saya.

Nota

  • Beri jawapan yang mempunyai alasan, nampak smart dan menunjukkan anda serius serta berkomitmen dengan pekerjaan anda.

Soalan 3

  • Boleh tahu tak, anak dah berapa orang sekarang ni?

Jawapan

  • Alhamdulillah, saya dan isteri/suami sudah memperolehi seorang cahaya mata lelai/perempuan. Mudah-mudahan dengan mendapat rezeki bekerja disini, saya dikurniakan seorang lagi cahaya mata dan cukuplah sepasang anak nanti.
  • Alhamdulillah Tuan/Puan. Setakat sekarang saya dan isteri/suami belum lagi dikurniakan zuriat dan mana tahu setelah diterima bekerja disini, rezeki dari Allah saya dikurniakan anda sepertimana impian orang lain.

Nota

  • Walaupun soalan ini agak sensitif, pastikan anda menjawab soalan dengan tenang dan positif. Jangan marah, okey!

Soalan 4

  • Awak ni dah kahwin ke belum? Dah berusia dah ni.

Jawapan

  • Saya dah berkahwin, Tuan/Puan. Alhamdulillah, walaupun dah kahwin, prestasi kerja semakin bertambah baik dan telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang pada hujung tahun lepas. Malah, saya juga boleh bertolak ansur sekiranya majikan memerlukan saya untuk bekerja lebih masa atau ke luar daerah.
  • Alhamdulillah, Tuan/Puan. Walaupun diusia begini saya belum berkahwin, tetapi saya mempunyai pelbagai manfaat ketika bekerja iaitu mudah untuk bekerja di luar daerah, boleh ikuti kursus pada bila-bila masa dan prestasi kerja berada di tahap yang terbaik. Tuan/Puan boleh rujuk sijil kemahiran, kursus dan sijil Anugerah Pekerja Terbaik saya yang ada pada tuan.

Nota

  • Jangan jawab soalan dengan ayat gatal seperti, “Saya tunggu Tuan/Puanlah. Sebab itu saya belum kahwin lagi.” Atau anda menjawab seperti ini, “Sayakan lelaki, boleh je kahwin sampai 4.”
  • Jawab soalan ini dengan tenang dan tonjolkan kelebihan anda. Perlu rasa geram atau rasa nak marah pula ya!

Memang agak sensitif soalan ini.  Jawab dengan tenang dan fokuskan kepada jawatan yang anda mohon. Kaitkan dengan hala tuju pekerjaan serta syarikat dan elakkan provokasi. Kadangkala penemuduga nak uji emosi anda sahaja.

Mungkin 4 Soalan Sensitif Ini Ditanya Semasa Interview. Contoh Jawapan Ada Disini

Bagi anda yang belum lagi dapat kerja atau dipanggil temuduga, upgrade diri anda dan lihat, ada tak 3 perkara ini dalam hidup anda.

Rujuk: 3 Perkara Mengapa Korang Tak Dapat Kerja. Check Semula & Perbaiki Diri Untuk Temuduga Yang Akan Datang

Selepas temuduga pula, jangan keluar macam tu je, cuba buat 7 perkara ini dan sudah pasti ada markah tau!

Dah dapat sesuatu tak disini? Jangan lupa, share dengan kawan-kawan yang lain tau!

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...