5 Contoh Email Mohon Kerja MySTEP Yang Sesuai Untuk Dihantar Ke Mana-mana Kementerian & Jabatan
Mungkin anda pernah membaca iklan jawatan kosong seperti berikut:
Permohonan Jawatan Pembantu Tadbir (Skim Personel MySTEP) Di Buka
Tetapi apa pula MySTEP tersebut? MySTEP adalah satu program yang menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia bagi satu jangka masa pendek. Dahulunya ia dikenali sebagai PSH atau Pekerja Sambilan Harian namun telah ditambah baik dari pelbagai sudut dan dikenali sebagai Personel MySTEP.
Untuk memohon jawatan MySTEP ini, anda perlu lakukannya secara online atau melalui emel dan mesti anda ingin dapatkan contoh emel yang sesuai dihantar ke mana-mana Kementerian atau Jabatan yang menawarkan jawatan kosong tersebut.
Jom dapatkan contoh emel yang sesuai untuk anda hantar ke Kementerian / Jabatan tersebut melalui perkongsian ini.
KELAYAKAN PERMOHONAN MySTEP
Isi Kandungan
Program ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang layak sahaja.
TARIKH PELAKSANAAN PROGRAM MySTEP
Program ini telah bermula pada 1 Januari 2021.
Rujuk: MySTEP Tawar 50,000 Peluang Kerja Untuk Rakyat Malaysia. Cepat Ambil Peluang Ini
MAKLUMAT PENTING PERLU DIMASUKKAN DALAM EMEL PERMOHONAN
Jika anda membuat permohonan melalui emel, pastikan emel yang dihantar padat dan mempunyai maklumat yang diperlukan sahaja. Tidak perlu meleret dan terus ke point utama anda. Jadi, masukkan maklumat berikut ketika membuat permohonan anda melalui emel:
- Pembuka kata / Salam
- Nama panggilan contohnya Tuan / Puan (pilih salah satu)
- Tajuk permohonan / Tujuan permohonan
- Nama penuh anda
- Maklumat akademik secara ringkas
- Maklumat pekerjaan sekarang jika ada
- Lampiran seperti resume dan sijil berkaitan
- Nombor telefon atau emel untuk dihubungi
- Penutup
- Nama anda
CONTOH PERMOHONAN JAWATAN MYSTEP MELALUI EMEL
Anda boleh download contoh permohonan jawatan MySTEP melalui emel seperti yang dikongsikan ini:
CONTOH 1
CONTOH 2
CONTOH 3
CONTOH 4
CONTOH 5
TUJUAN PERMOHONAN JAWATAN MYSTEP SECARA EMEL
Tujuan utama permohonan jawatan MySTEP perlu dihantar secara emel adalah:
- Menunjukkan minat terhadap jawatan yang ditawarkan
- Majikan dapat mengenali anda secara ringkas dan padat
- Tonjolkan sifat profesional anda secara tidak langsung
- Anda seorang yang berkomitmen
Jadi, pastikan emel permohonan jawatan anda tertib dan teratur serta padatkan dengan info yang penting sahaja. Ingat, emel anda juga perlu profesional dan jangan begitu keanak-anakan.
LAMPIRAN RESUME & SIJIL
Jangan lupa untuk lampirkan bersama resume dan sijil yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Oleh itu:
- Save resume anda dalam bentuk PDF agar lebih kemas dan senang dibuka.
- Sijil yang di scan juga di save dalam bentuk PDF.
- Save resume anda dengan nama yang ringaks serta profesional seperti contoh berikut: RESUME MOHD ADAM atau SIJIL AKADEMIK MOHD ADAM.
UPDATE JAWATAN KOSONG MYSTEP
Sebarang update terkini mengenai jawatan MyStep, anda boleh layari laman berikut:
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut mengenai Program MyStep, sila layari portal laman web berikut:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.