5 Perkara Do’s & Don’t Mengenai MyRFID Di Tol PLUS. Ingat, Jangan Buat Yang Dilarang & Ikut Apa Yang Disuruh
Kalau anda nak tahu, tag RFID adalah unik pada setiap kenderaan dan tidak boleh dipindahkan ke kereta anda yang lain. Jadi, ia memang tak sama macam kad Touch n Go dan SmartTAG.
Tapi jangan risau, kad Touch n Go dan SmartTAG masih lagi boleh digunapakai seperti dahulu, cuma pelaksanaan RFID telah diterima di semua Tol PLUS di seluruh Semenanjung Malaysia.
Sebagai pengguna, jangan lupa dengan 5 perkara Do’s & Don’t mengenai RFID yang anda perlu ikuti dan dilarang.
BOLEH KE KALAU TAK LEKAT RFID PADA KERETA?
Isi Kandungan
Ada yang tertanya-tanya, boleh ke kalau tak lekatkan RFID pada kereta?
Sebenarnya tidak boleh walaupun RFID tersebut dapat di detect oleh tol. Ini kerana ia boleh membahayakan nyawa pemandu serta penumpang kenderaan kerana sukar dipegang dan perlu berada di bahagian penumpang kenderaan.
5 DO’S GUNA RFID
Terdapat beberapa pesanan daripada PLUS mengenai RFID yang anda perlu ikuti iaitu:
- Untuk memastikan pengesanan Tag RFID dilakukan dengan baik, pastikan nombor pendaftaran kenderaan mematuhi spesifikasi JPJ dan boleh dibaca dengan jelas.
- Sekiranya tag tersebut dibeli secara dalam talian dan memilih untuk memasang sendiri, ianya hendaklah dipasang mengikut panduan yang ditetapkan.
- Sebaik-baik pemasangan tag di buat di Pusat Pemasangan RFID yang terpilih bagi membolehkan Tag RFID ianaya diuji dahulu sebelum digunakan untuk pembayaran tol.
- Memandu mengikut had iaitu tidak melebihi 30km/j ketika melalui lorong khas MyRFID.
- RFID hanya boleh digunakan untuk satu kenderaan yang didaftarkan sahaja.
5 DON’T GUNA RFID
Sebagai pengguna RFID juga, anda jangan melakukan seperti ini ya!
- Nombor pendaftaran kenderaan tidak mematuhi spesifikasi JPJ dan tidak boleh dibaca dengan jelas.
- Tag yang dipasang pada kenderaan di kedudukan yang tidak boleh dibaca oleh alat pengimbas RFID (berdekatan dengan besi atau cermin gelap)
- Memegang tag dengan tangan ketika melalui lorong khas MyRFID.
- Memandu terlalu laju apabila melalui lorong khas MyRFID.
- Tidak boleh memindah milik RFID dengan orang lain dan tidak boleh digunakan untuk kenderaan lain yang tidak didaftarkan.
Kalau anda nak beli tag RFID dan ingin memasangnya sendiri, anda boleh sahaja dapatkannya melalui Shopee di pautan berikut:
Nak lebih faham, tengok je video dibawah ni:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.