Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Jenis Scam Popular Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu Dan Elakkan

2,851

Mesti ramai yang ingin tahu jenis-jenis scam yang popular di Malaysia kerana takut diperdaya dan ditipu oleh sindiket scam tersebut. Kerugian yang dialami sudah pastinya dalam jumlah yang sangat besar.

Golongan sasaran scam ini antaranya ialah :

  • Wanita yang kesunyian
  • Warga tua
  • Pesara kerajaan
  • Peniaga

Dan kebanyakan mangsa scam ini adalah terdiri daripada golongan profesional, pelbagai bangsa dan tidak mengira jantina sehingga melibatkan kerugian keseluruhan sehingga RM525,242.

MODUS OPERANDI YANG DIGUNAKAN

Antara kaedah yang digunakan oleh penjenayah adalah seperti berikut :

  • Panggilan telefon kes polis, kes mahkamah, hutang bank
  • Seterusnya meminta mangsa memindahkan sejumlah wang ke satu akuan lain supaya kes segera diselesaikan.
  • Menyamar sebagai pegawai undang-undang, polis, pegawai bank, pegawai kastam, pekerja mahkamah, pekerja syarikat penghantaran barang serta menyamar menjadi rakan mangsa dan meminta pertolongan melalui whatsapp.

5 Jenis Scam Popular Di Malaysia Yang Anda Perlu Tahu Dan Elakkan

5 JENIS SCAM POPULAR DI MALAYSIA

Antara scam popular yang dikenalpasti di Malaysia ialah :

1 MACAU SCAM

Modus operandi yang digunakan ialah :

  • Cabutan bertuah
  • Penculikan palsu
  • Menyamar sebagai Polis / ahli kerajaan

Cara untuk mengelak :

  • Semak dan hubungi nombor yang sahih sebelum melakukan transaksi.
  • Periksa semula lokasi ahli keluarga sebelum melakukan transaksi.
  • Hubungi pihak Polis apabila merasa curiga.

2 PENIPUAN PINJAMAN

Modus operandi yang digunakan ialah :

  • Menawarkan janji tawaran tidak realistik seperti kadar faedah 0% kelulusan pinjaman dijamin 100% dan meminta bayaran pendahuluan daripada mangsa.

Cara untuk mengelak :

  • Mohon dengan bank / pemberi pinjaman berlesen yang sah.
  • Semak nombor lesen KPKT atau nombor akaun bank / nombor telefon di portal CCID.

3 LOVE SCAM

Modus operandi yang digunakan ialah :

  • Penjenayah memancing mangsa dengan menggunakan ayat yang manis dan janji palsu untuk menjerat mereka yang mencari teman hidup

Cara untuk mengelak :

  • Berhati-hati dengan kenalan melalui sosial media atau aplikasi pertemuan.
  • Jangan sesekali pinjamkan wang kepada orang yang tidak dikenali.

4 SKIM CEPAT KAYA

Modus operandi yang digunakan ialah :

  • Sindiket menawarkan kadar pulangan yang tinggi / tidak realistik dengan jumlah melabur yang kecil dan masa yang singkat.

Cara untuk mengelak :

  • Pastikan anda hanya berurusan  dengan institusi kewangan yang berlesen.
  • Berwaspada pada pelaburan yang dibuat melalui web.
  • Semak dengan pihak berkuasa dan pastikan diri tidak dipaksa untuk melabur.

5 PENIPUAN PARCEL

Modus operandi yang digunakan ialah :

  • Mangsa dijanjikan barangan dari rakan di media sosial dan diumpan membayar caj bayaran di Kastam.

Cara untuk mengelak :

  • Berhati-hati dengan kenalan melalui sosial media.
  • Jangan mudah percaya dan terima parcel sebagai tanda persahabatan.
  • Semak dengan pihak Kastam / syarikat kurier untuk pengesahan terlebih dahulu.

Jadi, pastikan anda semua perlu berhati-hati dengan semua panggilan telefon atau  Whatsapp yang diterima dan elakkan daripada menjadii mangsa yang seterusnya.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...