Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Kelonggaran Penerima 2 Dos Vaksin Lengkap Mulai 10 Ogos. Yang Belum Terima Vaksin, Sabar Dahulu Ya!

1,596

Rakyat Malaysia yang telah melengkapkan 2 dos vaksin sememangnya menantikan berita gembira daripada Perdana Menteri terutamanya kelonggaran merentas daerah.

Namun, kelonggaran yang diberikan bukan sekadar merentas daerah sahaja malah terdapat beberapa lagi kelonggaran yang diberikan oleh pihak kerajaan buat mereka yang telah lengkap 2 dos vaksin.

Baca juga: Individu Yang Lengkap 2 Dos Vaksin, Mungkin Kerajaan Beri Kelonggaran Untuk Rentas Negeri

Apakah 5 kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan kepada mereka yang telah lengkap 2 dos vaksin ini?

TUNJUK SIJIL DIGITAL VAKSINASI COVID-19

Individu yang ingin melakukan perjalanan merentas daerah mestilah:

  • Menunjukkan sijil digital vaksinasi COVID-19 kepada petugas keselamatan di sekatan jalan yang menunjukkan mereka sudah menerima vaksinasi lengkap

5 KELONGGARAN PENERIMA 2 DOS VAKSIN LENGKAP

Antara 5 kelonggaran penerima 2 dos vaksin lengkap yang diumumkan oleh Perdana Menteri ialah:

PENGEMBARA

  • Penggembara warganegara & bukan warganegara yang mempunyai kediaman di Malaysia yang tiba dari luar negara dibenarkan kuarantin wajib di rumah sahaja.

PASANGAN PJJ

  • Pasangan PJJ yang telah lengkap dua dose dibenarkan rentas daerah dan negeri.

IBUBAPA

  • Ibu bapa yang yang dapat dua dose lengkap dibenarkan untuk rentas daerah dan negeri untuk jumpa anak bawah 18 tahun.

AKTIVITI SOLAT

  • Aktiviti solat sahaja dibenarkan di masjid untuk individu lengkap dua dose. Perlu tunjukkan sijil digital vaksinasi yang lengkap. Ini juga termasuk kepada penganut bukan agama Islam.

SEKTOR SOSIAL

  • Memberikan kemudahan sektor sosial untuk negeri Fasa 2 dan ke atas: Rentas daerah dibenarkan, dine-in dibenarkan, sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dibenarkan, aktiviti perlancongan dalam negeri dibenarkan dan ini melibatkan homestay dan hotel.

AKTIVITI SOSIAL NEGERI FASA 2 & 3 PPN

Untuk aktiviti sosial negeri fasa 2 dan 3 secara lengkap pula adalah seperti berikut:

  • Rentas daerah dibenarkan, hanya tunjuk sijil digital vaksin lengkap kepada pasukan penguatkuasa di sekatan jalan raya.
  • Dine-in di restoran, kedai makan, club house dibenarkan. Pelanggan perlu tunjuk sijil digital vaksin lengkap.
  • Pengusaha premis kedai makan diminta menyediakan lebih banyak ruang makan di bahagian luar premis bagi memastikan pengudaraan lebih baik.
  • Anak di bawah 17 tahun boleh dibawa dine-in tetapi perlu mematuhi SOP ketat.
  • Aktiviti sukan dan riadah tanpa sentuhan fizikal dan bukan berkumpulan dibenarkan di kawasan terbuka termasuk separa terbuka bermula jam 6 pagi hingga 10 malam.
  • Operasi bilik persalinan atau bilik mandi di premis club house tidak dibenarkan.
  • Jogging, senaman, taichi, berbasikal, skateboarding, memancing, ekuestrian, memanah, mendaki, tenis (single), badminton (single), golf, permotoran dan seumpamanya dibenarkan.
  • Aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama dibenarkan melibatkan ‘homestay’ dan hotel untuk penerima lengkap dua dos vaksin

Baca juga: Boleh Rentas Negeri Jika Penuhi 6 Syarat KKM. Ini Syaratnya

FASA PPN MENGIKUT NEGERI

Anda tinggal dinegeri mana? Apakah status Fasa PPN negeri anda? Semak sini:

  • Fasa 1 PPN: Kedah, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor
  • Fasa 2 PPN: Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sabah
  • Fasa 3 PPN: Perlis, WP Labuan, Sarawak
  • Fasa 4 PPN: Tiada Negeri

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...