Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Temuduga : Apakah 5 Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Billionaire Dunia Kepada Calon?

1,862

TEMUDUGA : APAKAH 5 SOALAN YANG SERING DITANYA OLEH BILLIONAIRE DUNIA KEPADA CALON?

Mesti anda tertanya-tanya apakah soalan yang akan ditanya oleh CEO atau billionare terkenal dunia sekiranya mereka menemuduga calon pekerja mereka. Terdapat pelbagai soalan-soalan yang agak aneh dan unik dan memerlukan calon untuk berfikir dengan kreatif dan diluar kotak.

Apakah soalan yang sering ditanya oleh CEO dan billionare tersebut? Jom kita lihat apakah soalan tersebut serta alasan mengapa soalan itu disoal kepada calon.

5 SOALAN YANG SERING DITANYA OLEH BILLIONAIRE DUNIA KEPADA CALON

1 Drew Houston: Pengasas Dropbox.D

“Siapa individu paling paling hebat di dunia yang kamu jadikan idola dan mempengaruhi kerja-kerja kamu?”

Alasan mengapa soalan ini ditanya kepada calon ialah :

  • Hanya mahukan orang-orang yang betul-betul cintakan kerja mereka. Soalan-soalannya memang sukar, namun semuanya tentang bidang kerja dan kemahiran calon itu.
  • Soalan itu membantunya mendapatkan orang-orang yang sentiasa mahu menjadi lebih bagus serta mencari cara dan belajar untuk menjadi lebih hebat. Dia langsung tidak mahukan orang yang hanya bekerja untuk makan gaji.

Temuduga : Apakah 5 Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Billionaire Dunia Kepada Calon?

2 Steve Cohen : Pengasas Point 72 Asset Management

“Beritahu saya satu risiko paling besar yang pernah kamu ambil untuk mendapatkan satu perkara yang baru.”

Alasan mengapa soalan ini ditanya kepada calon ialah :

  • Cohen mahu mendengar jawapan yang unik dan daripada perspektif calon.
  • “Ini ‘risk-taking business’ pada tahap tertentu. Kita cuma mahukan orang-orang yang tidak takut mengambil risiko dan mampu mengawalnya.”

Temuduga : Apakah 5 Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Billionaire Dunia Kepada Calon?

3 Elon Musk : Pengasas Tesla

“Anda berada di mana?”

Alasan mengapa soalan ini ditanya kepada calon ialah :

  • Elon Musk hanya mahu melihat bagaimana cara calon berfikir ‘sendiri’ di luar kotak, memberi jawapan dan menjelaskan logik jawapannya. Google juga suka menggunakan soalan-soalan menguji minda seperti ini.
  • Caranya juga agak berbeza dimana soalan yang dikemukakan agak menguji minda.
  • Contohnya soalan : “Kamu berdiri di satu tempat. Kemudian berjalan 1 batu ke arah selatan, satu batu ke arah barat dan satu batu ke arah utara. Tempat kamu berakhir itu, betul-betul di tempat kamu bermula tadi. Jadi, kamu sedang berada di mana?”

Temuduga : Apakah 5 Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Billionaire Dunia Kepada Calon?

4 Richard Branson : Pengasas Virgin Group

“Apa yang kamu tidak ‘ceritakan’ dalam ‘resume’ ini?”

Alasan mengapa soalan ini ditanya kepada calon ialah :

  • Dalam bukunya, “The Virgin Way”, Branson menulis, tujuan sesi temuramah ialah untuk bertanya perkara yang tidak ada dalam ‘resume’ calon.
  • Contohnya, pengalaman mereka. Calon akan menjawab soalan ini dengan pelbagai cerita, termasuk membanggakan kejayaan-kejayaan lalu mereka. Jawapan yang ‘betul’ ialah yang menunjukkan ciri-ciri positif, empati, ketabahan dan kebijaksanaan.

Temuduga : Apakah 5 Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Billionaire Dunia Kepada Calon?

5 Steve Jobs : Pengasas Apple

“Kamu fikir, ini apa?”

Alasan mengapa soalan ini ditanya kepada calon ialah :

  • Steve Jobs pula terkenal dengan caranya yang mahu melakukan sendiri sesi temuduga bersama pasukannya. Sepanjang kariernya, dia telah menemuduga lebih 5,000 orang calon. Steve Jobs mewujudkan ujian unik bagi mengenal pasti potensi calon.
  • Sewaktu sesi temuduga, Steve Jobs dan pasukannya akan menunjukkan prototaip produk Apple dan melihat reaksi calon. Calon yang jelas kelihatan teruja dengan potensi teknologi itu dan mula bertanya banyak soalan tentangnya, akan lulus.
  • Steve Jobs mahu semua pekerjanya merasakan mereka adalah sebahagian daripada kumpulan ‘pencipta’ dan ‘peneroka idea baru’ kerana mereka akan lebih mudah memahami dan menghadam, falsafah Apple – daripada proses temuduga sehingga kepada proses pengiklanan.

Temuduga : Apakah 5 Soalan Yang Sering Ditanya Oleh Billionaire Dunia Kepada Calon?

Jika anda menjadi yang ditemuduga oleh CEO dan billionaire ini, apakah jawapan yang terbaik akan anda berikan? Nampak mudah ya soalan ini. Tetapi jika salah jawab, tiada peluang untuk anda bekerja dengan mereka.

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...