5 Soalan Interview Dalam English Serta Jawapan Terbaik, Hafal Tau!

Tidak semua calon yang memohon jawatan yang ditawarkan mahir dalam berbahasa Inggeris.

Jika ada diantara calon yang ingin mendapatkan contoh soalan beserta jawapan terbaik untuk menarik perhatian bakal majikan, anda boleh dapatkan disini dan jangan lupa hafal nanti.

Selain daripada jawapan yang betul untuk dijawab, anda juga akan melihat contoh jawapan yang salah dan sering dijawab oleh calon temuduga sebelum ini.

INTERVIEW DALAM ENGLISH

Kemungkinan besar sesi temuduga yang akan dijalankan terdapat dalam dwi bahasa kerana panel temuduga ingin menguji kebolehan calon berkomunikasi menggunakan kepelbagaian bahasa.

Jadi, anda perlu membuat persediaan dalam bahasa Inggeris juga selain daripada cara menjawab soalan dalam bahasa Melayu agar anda boleh menjawab setiap soalan dengan lebih yakin.

Mungkin soalan yang dikemukakan nampak senang, tetapi bagaimanakah caranya untuk menjawab soalan tersebut dengan lebih kreatif sehingga menarik perhatian bakal majikan anda nanti.

Baca juga: Jangan Berikan Jawapan Ini Kalau Tak Nak Gagal Interview. Tukar Dengan Jawapan Ini Tau!

5 SOALAN INTERVIEW DALAM ENGLISH

Apakah 5 soalan interview dalam bahasa Inggeris yang selalu ditanyakan oleh panel penemuduga?

Ini soalan dan beserta jawapannya.

1. Why do you want to work in this company?

Jawapan salah: 

  • “Because i love this industry and I like this job”

Nampak terlalu simple dan tidak menunjukkan minat anda terhadap jawatan yang dipohon. Jadi, elakkan untuk memberikan seperti ini. Buat kajian terhdap jawatan yang dipohon serta fokus syarikat tersebut ya!

Jawapan terbaik:

  • “I’ve always loved marketing because I am a creative person. I like to design things such as posters or social media posts”

Pointnya disini, jawab soalan ini dengan menunjukkan kelebihan anda serta pencapaian yang telah anda lakukan sebelum ini.

2. “Tell us about yourself”

Jawapan salah:

  • “My name is Aina. I was born in 14 April 1998 in Sabah. My mom is housewife and my dad is a teacher. I graduated in 2015 and have never worked before.”

Sebenarnya panel penemuduga tidak ingin tahu mengenai keluarga anda dan perkara yang tidak berkaitan. Jawapan begini sebenarnya sudah terlalu biasa dan tiada yang menarik perhatian panel penemuduga.

Jawapan terbaik:

  • My name is Aina and i’m 23 years old. I have degree in Business Administration. I don’t have any experience  yet but I do read a lot of business article.”

Apa yang terbaiknya disini, calon ini memberikan jawapan mengenai nama, umur, ijazah/diploma/sijil yang diperolehi. Malah, anda juga boleh menyatakan institusi pendidikan anda perolehi secara ringkas. Cara calon menyatakan belum pernah bekerja juga adalah kreatif kerana meletakkan usahanya untuk mencapai sesuatu matlamat.

3. “Why did you quit your last job?”

Jawapan salah:

  • “I quit because my last boss was terrible. He was so pushy and the workload was too much”

Anda nampak kesalahan dalam jawapan ini? Jangan sesekali menyebut sebarang masalah anda dengan majikan yang terdahulu. Kesannya sangat negatif kerana anda menceritakan hal keburukan kepada orang yang tidak dikenali dan membuatkan panel memberikan pandangan yang buruk kepada anda.

Jawapan terbaik:

  • “I loved my last job because it taught so many things. However I quit because I want to experience new environment and broaden my knowledge by joining a new company.”

Sebutkan pengalaman yang terbaik sepanjang anda bertugas ditempat lama. Nyatakan bahawa anda ingin mendapatkan pengalaman baru, ingin tingkatkan kerjaya anda serta luaskan kemahiran serta pengetahuan dengan bekerja dengan syarikat baru.

4. “Where do you see yourself in 5 years?”

Jawapan salah:

  • “Travelling the world and being the boss of this company”

Walaupun jawapan yang diberikan menunjukkan pencapaian anda pada masa yang akan datang, tetapi jawapan begini agak tidak sesuai untuk jawab kerana ia tidak relevan dengan jawatan anda.

Jawapan terbaik:

  • “I hope to be very well-experience in what I do and to have a better understanding about my field”

Berikan jawapan yang relevan dengan pekerjaan atau jawatan yang dipohon. Nyatakan peningkatan kerjaya anda mengikut masa yang betul apa yang ingin anda capai berdasarkan pengalaman kerja anda.

5. “What’s your greatest weakness?”

Jawapan salah:

  • “I tend to procrastinate and do things very last minute”

Anda dilarang menyebut kelemahan anda tanpa menyebut cara anda mengatasinya.

Jawapan terbaik:

  • “I tend to do things very last minute. But I work well under pressure and I personally think that pressure motivates me to do the task better.”

Nyatakan kelemahan anda serta anda mengatasinya. Seterusnya nyatakan juga pencapaian anda yang terkini. Anda juga boleh menyatakan kursus yang anda ambil untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.

Mudah tak nak jawab? Anda juga boleh tambahkan info-info yang berkaitan dan relevan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga.

Semoga anda semua berjaya dalam temuduga dan ingat, hafal jawapan ini tau!

Baca juga: [Resume] Update Pengalaman Kerja Anda Dalam Resume & Masukkan Maklumat Ini

You might also like

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.