Pastikan Anda Guna 5 Tips Berguna Ini Untuk Membeli Motorsikal Terpakai. Dijamin Berbaloi!
Tidak semua orang mampu untuk memiliki motorsikal idaman dengan membelinya yang baru.
Mungkin motorsikal idaman yang terpakai lebih berbaloi buat anda kerana boleh dibayar secara tunai tanpa perlu membayarnya secara ansuran.
Jika nak beli motorsikal terpakai dengan puas hati, ikuti 5 tips yang dikongsikan ini agar ianya sangat berbaloi untuk anda guna selepas membelinya.
MOTORSIKAL TERPAKAI
Isi Kandungan
Bukan semua orang akan membeli motorsikal terpakai. Tetapi tidak semua orang juga mampu membeli motorsikal baharu yang keluar dari kilang.
Selalunya mereka yang membeli motosikal terpakai disebabkan mungkin keadaan kewangan yang tidak mengizinkan untuk membeli yang baharu.
Jadi, jangan kecam orang yang membeli motorsikal terpakai ya! Mungkin ianya lebih berbaloi berbanding anda yang membeli motorsikal baharu tau.
Baca juga: Nak Tahu Tak 4 Pakej Telekomunikasi Untuk Rakyat Sempena Hari Merdeka? Semak Disini Tau!
5 TIPS BERGUNA BELI MOTORSIKAL TERPAKAI
Sebelum anda pergi ke kedai untuk membeli motorsikal terpakai, anda boleh amalkan 5 tips berguna yang dikongsikan ini.
Mempunyai Geran
- Pastikan anda dapatkan geran motorsikal untuk tujuan sahkan identiti sesebuah kenderaan serta nombor siri.
- Selain itu, terdapat maklumat lain di dalam geran seperti nombor enjin, casis buatan, model, kelas kegunaan dan lain-lain maklumat.
- Ini juga sangat penting bagi mengesahkan sesebuah motosikal itu bukan motosikal curi dan bebas daripada saman trafik.
Keadaan Motorsikal Asal
- Check motorsikal yang anda hendak beli.
- Pastikan motorsikal tersebut dalam keadaan asal atau standard. Jika banyak part diubah, mungkin motorsikal tersebut adalah motorsikal yang terlibat kemalangan atau motorsikal curi.
Periksaan Bahagian Enjin & Body Motorsikal
- Paling utama check bahagian minyak hitam. Pastikan tiada kebocoran pada bahagian ini. Kos tinggi untuk baiki bahagian ini ya!
- Periksa bahagian speedometer, kelurusan badan dengan tayar motorsikal dan sistem digital motor pada panel jika anda.
Try Bawa
- Ini paling utama. Minta kebenaran untuk menguji tunggang motorsikal yang anda ingin beli.
- Cuba bawa pada kelajuan 100-110km/j dan periksa tahap gegaran semasa menunggang.
- Tahap gegaran sederhana, berkemungkinan motosikal tersebut masih berada dalam keadaan baik. Jika tahap gegaran agak kuat dinasihatkan untuk carilah motorsikal yang lain.
Waranti
- Cuba dapatkan waranti kerana setiap kedai yang menjual motorsikal terpakai pastinya memberikan waranti kedai kepada pembeli terutamanya untuk motorsikal terpakai.
- Jika berlaku kerosakan, sila bawa ke kedai tersebut.
- Jangan buat pengubahsuaian sepanjang tempoh waranti. Jika anda lakukan juga pengubahsuaian, khuatir waranti yang diberikan akan dibatalkan.
Bawa Kawan
Tips bonus untuk anda!
- Pastikan anda membawa kawan yang mahir dalam bidang teknikal motorsikal agar anda tidak ditipu oleh penjual.
- Sekurang-kurangnya anda berjaya mendapatkan motorsikal idaman dengan berbaloi dan jimat duit anda untuk kos membaiki.
Ukur baju dibadan sendiri. Buat perancangan kewangan dan tidak perlu mengikut trend orang lain sekiranya anda ingin membeli motorsikal yang anda inginkan.
Semoga tips ini berguna buat anda!
Baca juga: RM20,000 Minimum Loan Untuk Beli Kereta Second Hand Melalui BSN MyAuto-i UsedCar
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.