Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

5 Tips Tak Nak Wifi Kena Hack Dengan Jiran Sebelah Rumah, Buat Ni Confirm Selamat!

1,193

Nak memudahkan diri semasa buat kerja di rumah atau tengok filem tanpa gangguan guna internet, terus pasang wifi di rumah.

Tapi, tiba-tiba rasa macam kena hack pula wifi anda tu! Line pun slow sangat sampai asyik loading tak seperti sebelum ini. Lama sangat tunggu baru boleh download gambar untuk siapkan kerja!

Apa yang perlu buat untuk mengelakkan daripada wifi kena hack lagi? Bengang jugakkan sebab kita yang bayar, orang lain pulak sedap-sedap guna!

CARA NAK TRACE WIFI KENA HACK

Macam mana agaknya kalau nak trace wifi kena hack atau tidak?

Ikut cara-cara yang dikongsikan ini tau!

  • Taip 192.168.0.1 di address bar kemudian tekan Enter.
  • Guna password yang ada pada router wifi anda untuk login ke website tadi.
  • Seterusnya klik pada Connected Clients. Boleh nampak berapa ramai orang yang gunakan wifi anda tanpa izin!
  • Kalau nampak device yang tidak dikenali sedang gunakan wifi anda, klik ikon pensel dalam kotak device tersebut. Klik Parental Control dan ia akan Enable dan klik butang Save. Device tu dah diblock!

5 Tips Tak Nak Wifi Kena Hack Dengan Jiran Sebelah Rumah, Buat Ni Confirm Selamat

5 TIPS TAK NAK WIFI KENA HACK DENGAN JIRAN SEBELAH

Terdapat 5 tips yang boleh anda amalkan agar wifi tak kena hack dengan jiran sebelah. Ikut tips ni dan confirm wifi anda tak kena hack lagi dah!

1. Tukar Nama & Kata Laluan

  • Kalau tak nak wifi anda kena hack, tukar nama pengguna dan kata laluan yang diberi oleh penyedia wifi kepada nama dan kata laluan anda.
  • Kalau boleh 3-6 bulan sekali tukar nama dan kata laluan anda agar wifi anda tak kena hack lagi.

2. Padam

  • Apa yang perlu buat kalau anda tak ada di rumah? Tutup wifi dan jangan biarkan ia terpasang sepanjang ketiadaan anda di rumah. Elektrik jimat, jiran pun tak boleh guna wifi anda lagi dah!

3. Aktif Penyulitan Rangkaian

  • Seterusnya aktifkan penyulitan rangkaian tanpa wayar atau Enable Wireless Network Encryption wifi anda.
  • Ia bertujuan untuk melindungi data rangkaian anda dan selamat daripada dihack oleh orang yang tak bertanggungjawab.

4. Perisian Firewall

  • Pernah dengar Firewall? Gunakan software Firewall untuk melindungi peranti digital di rumah anda.

5. Kemaskini Router

  • Rajin-rajin update router yang digunakan.
  • Kekerapan anda update router akan membuatkan para hacker tak boleh gunakan talian internet melalui wifi anda lagi.

Bagi para belia dan pelajar IPT pula, tak pelu pening untuk fikirkan tentang data internet kerana selepas ini pihak Kerajaan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi akan menyediakan tablet percuma serta data percuma untuk anda tau!

Anda akan mendapat bantuan tablet percuma serta data percuma melalui Bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia dan boleh buat permohonan seperti yang dikongsikan disini.

Selain tu, anda juga akan dapat RM150 kredit melalui program e-Start. Jadi, tak perlulah nak hack wifi jiran lagi ya! Manfaatkan kredit e-Wallet ni sebaik-baiknya!

Share dengan rakan-rakan anda dan semoga wifi anda tak kena hack lagi selepas ini!

5 Tips Tak Nak Wifi Kena Hack Dengan Jiran Sebelah Rumah, Buat Ni Confirm Selamat

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...