Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Kena Buat Resume Dalam Bahasa Inggeris? Guna 5 Website Ini Untuk Check Grammar Sebelum Hantar

253

Dah la tak pandai sangat dalam bahasa Inggeris, HR syarikat tersebut minta resume dalam bahasa Inggeris pula.

Risau pula nanti bila dah siapkan resume, grammar tak betul dan boleh direject oleh HR nanti.

Kalau macam tu, anda boleh membuat semakan grammar melalui 5 laman web ini sahaja. Mudah dan pantas!

RESUME DALAM BAHASA INGGERIS

Bukan semua pemohon kerja mahir untuk menyediakan resume dalam bahasa Inggeris walaupun mahir ketika bertutur.

Apa yang merisaukan ialah, sekiranya terdapat kesalahan grammar atau tatabahasa ketika menyusun ayat dalam resume.

Ini kerana grammar yang salah akan menyebabkan pembacanya tersalah anggap atau menyalahertikan maksud yang ingin pemohon kerja sampaikan.

Untuk membantu anda, dikongsikan disini 5 website untuk menyemak grammar ketika anda menyediakan resume sebelum dihantar kepada HR.

5 WEBSITE CHECK GRAMMAR DALAM RESUME

Senang sahaja, gunakan 5 website ini untuk check grammar bahasa Inggeris yang anda sediakan di dalam resume.

5 website tersebut ialah:

1. 1CHECKER

  • Klik sini untuk semakan grammar resume anda.
  • Percuma sahaja dan tak perlu buat pembayaran
  • Daftar kemudian log in untuk membuat semakan.

Kena Buat Resume Dalam Bahasa Inggeris? Guna 5 Website Ini Untuk Check Grammar Sebelum Hantar

2. GINGER

  • Klik sini untuk semakan grammar resume anda.
  • Website ini paling mudah kerana anda cuma copy paste ayat resume ke dalam kotak yang disediakan dan klik CHECK NEXT.

Kena Buat Resume Dalam Bahasa Inggeris? Guna 5 Website Ini Untuk Check Grammar Sebelum Hantar

3. GRAMMAR CHECK

  • Klik sini untuk semakan grammar resume anda.
  • Kemudian klik START USING dan copy paste ayat yang anda ingin gunakan di dalam resume.
  • Kesalahan grammar akan ditunjukkan dan anda boleh membuat pembetulan dengan segera seperti yang dicadangkan.

Kena Buat Resume Dalam Bahasa Inggeris? Guna 5 Website Ini Untuk Check Grammar Sebelum Hantar

4. GRAMMARLY

  • Klik sini untuk semakan grammar resume anda.
  • Sama seperti website yang lain, copy paste sahaja ayat-ayat yang dingin dimasukkan ke dalam resume.
  • Sistem akan menganalisis ayat-ayat tersebut seterusnya membuat pembetulan.

Kena Buat Resume Dalam Bahasa Inggeris? Guna 5 Website Ini Untuk Check Grammar Sebelum Hantar

5. REVERSO SPELLER

  • Klik sini untuk semakan grammar resume anda.
  • Tak perlu log in dan sebagainya! Copy paste ayat dan klik check untuk semakan grammar.
  • Pembetulan ayat akan terus dilakukan dan anda boleh menggunakan ayat yang betul seterusnya masukkan ke dalam resume anda.

Kena Buat Resume Dalam Bahasa Inggeris? Guna 5 Website Ini Untuk Check Grammar Sebelum Hantar

Akhirnya resume anda dalam bahasa Inggeris dah siap! Grammar pun betul dan HR pun akan baca resume anda sambil tersenyum.

Selain itu, update resume anda dan pastikan ianya tidak ketinggalan berbanding calon yang lain.

Semoga bermanfaat buat anda dan jangan lupa share dengan rakan-rakan anda yang lain ye!

Baca juga: Apa Yang Tidak Boleh & Apa Yang Boleh Dibuat Ketika Hantar Resume Kepada HR Melalui Emel?

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...