Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

50+ Jenis Jawatan Yang Anda Boleh Mohon Dengan Kelulusan SPM Anda

8,177

Terkini, setelah dikemaskini oleh pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), terdapat 50+ jawatan kosong yang menantikan pemohon yang berkelulusan SPM untuk mengisi jawatan tersebut.

Jadi, pemegang sijil SPM juga berpeluang untuk berkhidmat di sektor awam dan berpeluang merasai pelbagai kelebihan serta faedah yang ditawarkan kepada para penjawat awam tersebut.

Ingin tahu apakah jawatan-jawatan tersebut? Lihat senarai jawatan seperti yang dikongsikan nanti.

SYARAT KELAYAKAN

Sebelum itu, mari kita lihat terlebih dahulu apakah syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh pemohon. Syaratnya ialah :

  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dengan 2 daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan.
  • Lulus 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan 2 mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.
  • Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang diisyaratkan dalam skim perkhidmatan.

KELAYAKAN SPM SEBAGAI SYARAT LANTIKAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM

Bagi tujuan pelantikan ke jawatan dalam perkhidmatan awam yang mensyaratkan kelayakan masuk di peringkat SPM, calon hendaklah memenuhi syarat minimum SPM berikut:

i. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus dalam satu peperiksaan SPM; atau
ii. Dua (2) mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu di peringkat Kepujian dan empat (4) mata pelajaran lain di peringkat Lulus yang terkumpul dalam dua peperiksaan SPM dalam tempoh tiga (3) tahun berturut-turut.

Selain itu, terdapat skim perkhidmatan tertentu yang mensyaratkan Kepujian/ Lulus dalam mata pelajaran tertentu selain daripada keperluan memenuhi syarat kelayakan seperti 1(a)(i) dan 1(a)(ii) di atas.

SENARAI JAWATAN SPA MENGIKUT KELAYAKAN SPM DAN SIJIL VOKASIONAL (SVM)

Berikut adalah senarai jawatan yang ditawarkan sepertimana yang telah dikemaskini oleh SPA :

  1. Juruaudio Visual Gred N19
  2. Jurubahasa
  3. Jururawat Masyarakat Gred U19
  4. Juruteknik Komputer Gred FT19
  5. Juruteknik Perubatan Gred U19
  6. Laskar Kelas II Maritim Gred T1
  7. Operator Wayarles Gred N19
  8. Pegawai Bomba Gred KB19
  9. Pegawai Imigresen Gred KP19
  10. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N19
  11. Pegawai Penjara Gred KA19
  12. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) Gred JA19
  13. Pelukis Pelan (Seni Bina) Gred JA19
  14. Pembantu Akauntan Gred W19
  15. Pembantu Antidadah Gred S19
  16. Pembantu Arkib Gred S19
  17. Pembantu Belia dan Sukan Gred S19
  18. Pembantu Geosains Gred C19
  19. Pembantu Hal Ehwal Islam Gred S19
  20. Pembantu Hidupan Liar Gred G19
  21. Pembantu Kemahiran Gred H19
  22. Pembantu Kesatria Gred S19
  23. Pembantu Keselamatan Gred KP19
  24. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  25. Pembantu Laut Gred A19
  26. Pembantu Makmal Gred C1
  27. Pembantu Muzium Gred S19
  28. Pembantu Pegawai Latihan Gred E19
  29. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional Gred DV19
  30. Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19
  31. Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19
  32. Pembantu Pemuliharaan Gred S19
  33. Pembantu Pendaftaran Gred KP19
  34. Pembantu Penerangan Gred S19
  35. Pembantu Penerbitan Gred N19
  36. Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19
  37. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
  38. Pembantu Penilaian Gred W19
  39. Pembantu Penyediaan Makanan Gred N1
  40. 40. Pembantu Penyelidik Gred Q19
  41. Pembantu Perangkaan Gred E19
  42. Pembantu Perhubungan Perusahaan Gred S19
  43. Pembantu Perikanan Gred G19
  44. Pembantu Pustakawan Gred
  45. Pembantu Pertahanan Awam Gred KP1
  46. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
  47. Pembantu Syariah Gred LS19
  48. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  49. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19
  50. Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L19
  51. Pembantu Veterinar Gred G19
  52. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19
  53. Pengawas Hutan Gred G19
  54. Penjaga Jentera Elektrik Gred J19
  55. Penyelia Asrama Gred N19
  56. Pengawas Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  57. Operator Wayarles Gred N19
  58. Renjer Hutan / Penolong Pemelihara Hutan (Skim Perkhidmatan Bersepadu)
  59. Pemeriksa Cap Jari Gred N19

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan serta syarat kelayakan seterusnya, anda boleh terus layari laman web SPA dengan klik disini sahaja.

Semoga anda berjaya menempatkan diri di sektor awam seperti yang anda idamkan dan lihat sini untuk buat permohonan di SPA9.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...