Korang yang masih muda dan sudah memiliki rumah atau apartment tetapi jarang-jarang mendiami rumah tersebut bolehlah hasilkan wang dengan 7 cara ini.
Mungkin sudah ada yang mula menghasilkan wang dengan salah satu cara yang dikongsikan ini.
Tetapi bagi yang baru nak mula, boleh jadikan 7 cara ini sebagai rujukan untuk menjana wang seterusnya menghasilkan wang untuk kegunaan serta sipmanan pada masa akan datang.
PELABURAN HARTANAH
Isi Kandungan
Jika anda semua nak tahu, pelaburan hartanah adalah sangat menguntungkan kalau anda tahu caranya.
Ini kerana:
- Pelaburan hartanah adalah permainan jangka panjang dan kurang sesuai untuk mereka yang inginkan keuntungan dalam tempoh masa terdekat.
7 CARA BUAT DUIT DENGAN RUMAH/APARTMENT
Terdapat 7 cara yang mudah untuk anda hasilkan duit dengan rumah atau apartment anda.
7 cara tersebut ialah:
1. Homestay
- Memang dah biasa dengar tentang homestay kan? Ini kerana ia adalah cara yang paling mudah untuk hasilkan duit daripada rumah anda.
- Sediakan kelengkapan seperti wifi, televisyen, aircond, peti ais, dapur dan sebagainya seterusnya meletakkan harga yang berpatutan dengan servis yang diberikan.
- Anda boleh gunakan media sosial untuk membuat promosi homestay anda termasuk meletakkan testimoni untuk meraih kepercayaan orang lain.
2. Sublet
- Apa itu SUBLET? Sublet ialah menyewakan sebuah kediaman mahu pun sebuah bilik mengikut jumlah individu.
- Ia membolehkan anda memperolehi kadar keuntungan yang lebih tinggi kerana penyewa akan membayar mengikut jumlah penyewa.
- Tempoh sewaan lebih panjang mengikut kontrak yang anda tetapkan.
- Lebih sesuai anda sediakan semua keperluan asas seperti dapur, peti sejuk, katil dan tilam, mesin basuh dan kipas kepada penyewa. Maka sesuai untuk anda kenakan sewa dengan harga yang berpatutan.
3. Pembiayaan Semula (Refinance)
- Anda boleh membuat pembiayaan semula pinjaman rumah sedia ada dengan pinjaman baharu di bawah syarat dan juga terma yang berlainan daripada pinjaman pertama.
- Jadi, anda mampu mengurangkan bayaran bulanan hartanah anda seterusnya lanjutkan tempoh pinjaman atau pendekkan pinjaman rumah.
4. Jual Kembali
- Mungkin rumah anda semasa beli RM80,000. Tetapi rumah tersebut pada harga terkini adalah RM210,000 kerana berada dalam kawasan tumpuan. Jadi, anda telah untung sebanyak RM130,000 sekiranya dijual dengan harga terkini.
- Kalau anda nak tahu, kebanyakan pelabur hartanah menggunakan teknik jual kembali atau flipping ini apabila mereka berjaya membeli sebuah hartanah di bawah harga pasaran.
5. Rumah Lelong
- Ramai rakyat Malaysia membeli rumah lelong termasuklah rumah flat, kondominium, banglo dan sebagainya.
- Mengapa? Ini kerana rumah lelong ini dijual sehingga 50% dibawah harga pasaran.
- Lebih baik anda membeli rumah lelong yang dijual antara 30%-40% di bawah harga pasaran sebagai modal untuk kos membaik pulih dan renovasi dalaman rumah yang berkemungkinan rosak.
6. Capital Appreciation
- Kalau tak sabar, tak boleh ikuti pelaburan jenis ini untuk dapatkan duit dengan rumah anda ya!
- Ini kerana proses menunggu terlalu lama sehingga mengambil masa bertahun-tahun.
- Pelabur harus membeli harga rumah tersebut pada harga rendah dan menjualnya selepas lokasi kediaman tersebut matang.
7. Lot Tanah
- Pelaburan jenis ini memerlukan modal yang besar serta memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa seperti Majlis Perbandaran, Pejabat Tanah dan pelbagai pihak lagi.
- Pelaburan lot tanah berfungsi seperti berikut: pelabur berkelompok akan membeli sebuah lot tanah sebelum dipecahkan kepada beberapa lot untuk dijadikan kediaman, lot komersil dan sebagainya.
Anda nak buat pelaburan dengan hartanah anda dengan cara yang bagaimana? Buat pilihan dengan cara yang paling baik dan sudah pasti kerugian itu tetap ada ya!
Nak beli rumah lelong dan buat homestay ke? Klik pautan:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.