Lega rasanya apabila sesi temuduga telah tamat!
Semua soalan dapat dijawab dan rasanya semua telah dilakukan dengan cara yang paling terbaik sebentar tadi.
Namun anda harus ingat! Terdapat markah selepas sesi temuduga tamat dan lakukan 7 perkara ini selepas habis temuudga ya!
3 PERKARA MENGENAI TEMUDUGA
Isi Kandungan
Setiap calon mesti tahu 3 perkara mengenai temuduga iaitu:
Sebelum temuduga
- Buat kajian latar belakang Syarikat/Jabatan/Kementerian yang anda buat permohonan.
- Dapatkan jangkaan soalan temuduga berdasarkan pengalaman calon sebelum ini yang boleh didapati melalui google dan sebagainya.
- Buat persiapan penampilan iaitu pakaian dan diri agar nampakkemas, kelihatan profesional dan bersih.
Semasa temuduga
- Pastikan anda menepati masa dan sampai lebih kurang 15 hingga 30 minit lebih awal.
- Masuk bilik temuduga atau temuduga online dengan sopan dan memberi salam kepada panel penemuduga.
- Yakin menjawab soalan, sihat dan cergas. Jangan lupa adakan eye contact dengan panel penemuduga ketika menjawab soalan yang diajukan oleh panel penemuduga.
Selepas temuduga
- Paling simple, ucap terima terima kasih kepada panel penemuduga sebelum keluar.
- Senyum dan tutup pintu dengan perlahan. Bagi temuduga online, jangan lupa off kamera anda ya!
Apa pula 7 perkara yang perlu calon temuduga lakukan selepas habis temuduga?
Baca juga: Resume Modern VS Resume Classic, Mana Yang Lebih Baik?
7 PERKARA KENA BUAT SELEPAS HABIS TEMUDUGA
Terdapat 7 perkara yang anda kena buat selepas temuduga tau! Ingat, ada markah walaupun sesi soal jawab dah habis.
Apakah 7 perkara tersebut?
Ini yang anda kena buat dan amalkan nanti ya!
1. Ucapkan Penghargaan
- Sebaik sahaja panel mengatakan, “Itu sahaja daripada kami.” Apa yang perlu anda lakukan sebelum beredar daripada sesi temuduga?
- Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga seperti contoh berikut, “Terima kasih Tuan/Puan/Dato’/Datin kerana memberi peluang kepada saya menghadiri temuduga ini. Saya telah lama menunggu temuduga dan hari ini adalah hari pertama saya menghadiri temuduga ini. Saya telah buat persediaan yang terbaik untuk memegang jawatan ini dan sekiranya saya diberi peluang, saya akan memastikan saya buat yang terbaik untuk kepentingan organisasi kita seterusnya pada negara. Terima kasih Tuan/Puan/Dato’/Datin.”
- Sebutkan gelaran ahli panel penemuduga dengan betul.
- Ucapkan dengan ringkas dan tidak lebih daripada 30 saat kerana panel temuduga akan menemuduga calon yang lain pula.
2. Nyatakan Harapan
- Selepas anda berikan penghargaan kepada panel penemuduga, jangan lupa untuk nyatakan harapan kepada mereka.
- Contoh harapan yang boleh anda sebutkan kepada panel penemuduga ialah, “Saya sangat berharap untuk lulus temuduga ini dan saya berharap saya mendapat jawatan ini kelak kerana saya sangat bersedia untuk bekerja pada bila-bila masa dan saya ingin memberi sumbangan yang terbaik untuk organisasi dan juga negara.”
- Jangan sesekali menyatakan seperti berikut, “Sekiranya saya tidak lulus temuduga ini, saya akan mencuba di lain masa lagi.” Ini menunjukkan seolah-olah anda tidak mengharapkan pekerjaan tersebut walaupun sudah cuba yang terbaik dalam temuduga.
3. Tunjukkan Sikap Sopan
- Maksudnya disini, jangan terlalu berharap sangat dan menunjukkan sifat yang sombong seperti berikut, “Saya tidak berharap sangat untuk dapatkan pekerjaan ini. Kalau dapat tak apalah, kalau tak dapat apa boleh buat.”
- Ia akan membuka ruang untuk anda gagal dalam temuduga anda nanti!
- Jangan tinggikan suara, jangan tunjukkan ego atau tidak kisah sama ada lulus atau tidak dalam temuduga ini. Tunjukkan wajah senyum anda, bangun dan ambil sijil dengan sopan.
4. Jangan Belakangkan Panel Temuduga
- Ketika ambil sijil dan sebagainya, jangan belakangkan panel penemuduga anda apabila hendak menuju ke pintu atau secara temuduga online.
5. Sentiasa Positif
- Sentiasa tunjukkan sifat yang positif walaupun sudah habis sesi temuduga.
- Tunjukkan reaksi yang positif, ceria, berdisiplin, senyum selalu, memberi feedback yang baik dan duduk dengan sopan.
- Tolak kerusi perlahan dan tanpa bunyi ya!
- Ucapkan terima kasih sekali lagi seperti contoh berikut setelah anda mengambil fail dokumen anda, “Terima kasih Dato’/Puan kerana sudi menemuduga saya pada kali ini. Saya minta diri dahulu. Terima kasih.”
- Buka pintu dan ucapkan terima kasih sekali lagi. Tutup pintu dengan perlahan.
6. Buat Latihan Simulasi
- Buat latihan simulasi sebelum temuduga seperti bangun dari kerusi menuju ke meja panel temuduga, ambil sijil dan bergerak keluar dari bilik temuduga. Buat berulang kali dan praktikkan semasa temuduga yang sebenar.
7. Berdoa
- Teruskan berdoa agar segala urusan temuduga anda dipermudahkan dan lulus temuduga anda nanti.
- Syukur bahawa temuduga telah berjalan lancar dan mohon agar keputusan memihak kepada anda.
Anda dah dapat 7 perkara yang anda semua perlu lakukan? Amalkan dan sebaiknya buat latihan simulasi agar semuanya berjalan dengan lancar.
Selain itu, dapatkan tips berikut untuk jadualkan semula interview anda sekiranya anda mempunyai perkara lain yang perlu anda lakukan pada tarikh tersebut.
Jangan sesekali tolak interview yang ditawarkan kepada anda begitu sahaja. Biar HR tahu dan biarlah bersopan agar HR tahu anda berminat dengan pekerjaan yang ditawarkan.
Diharap anda semua berjaya dalam temuduga nanti! Dapatkan contoh-contoh pelbagai soalan temuduga di https://kini.my/.
Share dengan kawan-kawan yang lain tau!
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.