Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Boleh Ke Reschedule Semula Tarikh Interview? Kalau Boleh, Apa Caranya?

9,520

Alamak! Ada hal penting yang tak boleh dielakkan semasa hari interview nanti.

Apa yang perlu saya buat? Tak perlu hadir atau biarkan sahaja interview tersebut berlalu pergi dan kalau ada rezeki, boleh mohon tahun depan lagi.

Jangan buat begitu! Anda boleh je reschedule atau jadualkan semula tarikh interview sekiranya anda benar-benar mempunyai hal yang lain dan sangat berminat untuk dapatkan pekerjaan tersebut.

RESCHEDULE ATAU TOLAK INTERVIEW

Kadangkala inilah yang terjadi kepada pemohon kerja apabila dipanggil temuduga tetapi dalam masa yang sama calon mempunyai perkara yang lain.

Ia menjadi satu dilema kerana tidak boleh menolak salah satu daripada hal ini kerana ia sama-sama penting buat anda.

Boleh ke reschedule atau tolak begitu sahaja interview pekerjaan yang anda idamkan selama ini?

Jawapannya:

Anda boleh reschedule semula interview yang ditawarkan kepada anda!

Kalau anda benar-benar berminat untuk ikuti interview yang ditawarkan, jangan menolak begitu sahaja sebaliknya buat permohonan untuk reschedule semula interview anda.

Macam mana nak minta HR jadualkan semula interview anda?

Baca juga: Resume Korang ATS Friendly Atau Tak? Macam Mana Nak Check?

CARA MOHON RESCHEDULE SEMULA INTERVIEW

Jika anda benar-benar ingin ikuti interview yang ditawarkan pada masa yang lain, sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Apa yang perlu anda lakukan ialah:

1. Kenalkan Diri

  • Pertama sekali perkenalkan diri anda secara ringkas tetapi lengkap dengan maklumat.
  • Sebutkan nama penuh anda dan anda dilarang sama sekali untuk meletakkan nama panggilan kerana HR tidak tahu siapa calon yang dipanggil temuduga jika anda letakkan nama panggilan.

2. Maklumat Interview

  • Seterusnya berikan maklumat interview seperti tarikh dan nama jawatan yang ditawarkan untuk anda ikuti interview.
  • Sekiranya HR menyatakan masa untuk interview, jangan lupa untuk menyatakannya ke dalam emel permohonan reschedule interview.

3. Mohon Reschedule

  • Seterusnya barulah anda nyatakan bahawa anda ingin reschedule atau jadualkan semula interview pada hari tersebut.
  • Nyatakan sebab-sebab mengapa anda tidak boleh hadir dan. mohon agar interview boleh dijalankan pada masa dan tarikh yang lain.

4. Cadangan

  • Jangan biarkan HR membuat keputusan kepada anda. Sebaliknya berikan cadangan tarikh, masa yang sesuai.
  • Bertolak ansur dengan HR sekiranya terdapat percanggahan tarikh dan masa interview yang baru untuk anda.
  • Tunjukkan jalan penyelesaian kepada HR agar interview anda berjalan dengan lancar pada masa dan tarikh yang baru.

5. Mohon Maaf

  • Akhir sekali, mohon maaf atas segala kesulitan yang anda alami dan menyebabkan interview terpaksa dilakukan pada tarikh yang lain.

Melalui permohonan reschedule semula tarikh interview, HR dapat melihat kesungguhan anda untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.

Cuma pesanannya disini, jangan sesekali membiarkan HR tidak tahu apa-apa maklumat mengenai anda sekiranya tidak dapat ikuti interview pada tarikh yang telah dinyatakan.

Tunjukkan budi bahasa anda dan tonjolkan yang terbaik dari dalam diri anda walaupun belum lagi diterima kerja.

Ingat! First impression sangat penting ya!

CONTOH MOHON RESCHEDULE INTERVIEW

Anda boleh dapatkan contoh memohon penjadualan semula interview seperti dibawah.

[Nama anda]

Penjadualan Semula Temuduga

Puan Amirah,

Terima kasih kerana menghubungi saya [nama anda] mengenai temuduga [nama jawatan] yang terdapat di [nama syarikat] Puan Amirah. Tujuan emel ini adalah untuk memberitahu kepada pihak Puan Amirah bahawa saya perlu membatalkan temuduga yang dijadualkan pada [tarikh dan waktu] di [lokasi temuduga].

Saya juga memohon agar pihak Puan Amirah bermurah hati untuk memberikan peluang kepada saya dengan menjadualkan semula temuduga ini. Sekiranya Puan Amirah ingin menjadualkan semula temuduga ini, saya boleh hadir pada [nyatakan tarikh dan masa] yang dicadangkan. Sekiranya tiada kelapangan daripada pihak Puan Amirah berdasarkan tarikh dan masa yang dicadangkan, saya bersedia untuk dipanggil temuduga mengikut tarikh lain yang ditetapkan oleh pihak Puan.

Saya mohon maaf diatas sebarang kesulitan. Segala pertimbangan daripada pihak tuan/puan amat saya hargai. Terima kasih

Yang benar,

[Nama anda]
[Nombor telefon dan emel anda]

Boleh Ke Reschedule Semula Tarikh Interview? Kalau Boleh, Apa Caranya?

Baca juga: Dapat Interview Tetapi Terpaksa Tolak Melalui Emel Atau Telefon.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...