Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

7 Petua Skor A Dengan Cemerlang Sebelum Peperiksaan SPM

411

22 Februari 2021 ini bermulalah perjuangan para pelajar calon SPM 2020 dan sudah pastinya ia mencatat sejarah kerana peperiksaan dijalankan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, PKP 2.0.

Ini juga disebabkan tarikh peperiksaan telah ditunda berkali-kali akibat pandemik Covid-19 yang semakin menular dari hari ke hari dan menyebabkan Kementerian Pendidikan Malaysia meminda tarikh peperiksaan.

Bagi pelajar yang ingin dapatkan petua untuk Skor A dengan cemerlang SPM nanti, sila dapatkan 7 petua yang boleh anda amalkan sebelum SPM bermula.

7 PETUA SKOR A CEMERLANG SPM

Untuk skor A dengan cemerlang semasa SPM nanti atau apa-apa sahaja peperiksaan yang terdekat, anda boleh ikuti 7 petua seperti berikut:

1. JADUAL BELAJAR

Pastikan anda mempunyai jadual belajar kerana ia sangat membantu anda untuk membuat ulangkaji pelajaran dengan lebih sistematik tanpa ada subjek yang tertinggal.

Lebihkan masa untuk subjek yang anda agak lemah dan letakkan target Skor pada setiap subjek tersebut.

2.TAHU TRICK MENJAWAB SOALAN

Trick menjawab soalan ini bukan tiket untuk anda menipu atau hentam keromo menjawab soalan sahaja.

Salah satunya adalah dengan menghafal formula atau cara mendapatkan skor dengan kiraan anda contohnya bagi subjek Sains, Perakaunan dan lain-lain.

Mana nak dapat trick menjawab soalan? Cuba search di Youtube trick menjawab soalan yang banyak dikongsikan oleh guru pakar dan sebagainya.

7 Petua Skor A Dengan Cemerlang Sebelum Peperiksaan SPM

3. CIPTA FORMULA SENDIRI

Belajar untuk mencipta formula sendiri agar anda mudah ingat dan pastikan formula tersebut mendapat jawapan yang sama seperti yang diajar oleh guru anda.

Bukan sekadar Matematik, pelbagai subjek boleh anda ciptakan formulanya asalkan anda faham, betul dan tepat.

4. LATIH TUBI SOALAN LEPAS

Malas juga nak baca setiap bab satu persatu. Jadi, dapatkan buku latihan latih tubi soalan-soalan peperiksaan yang lepas agar anda tahu corak soalan yang bakal keluar. Mungkin soalan yang keluar sama dan hanya bertukar-tukar ayat sahaja.

Jadi, anda lebih mudah ingat jawapan dan formula pengiraan sekiranya anda kerap membuat latihan soalan yang lepas.

7 Petua Skor A Dengan Cemerlang Sebelum Peperiksaan SPM

5. PERSEDIAAN MENTAL & FIZIKAL

Seterusnya, siapkan mental dan fizikal anda sebelum peperiksaan. Anda tidak digalakkan untuk memikirkan hal negatif dan study last minute beberapa jam sebelum peperiksaan bermula.

Anda juga digalakkan untuk tidur lebih awal dan jaga kesihatan. Pastikan kelengkapan penting seperti slip peperiksaan, kad pengenalan, serta peralatan menulis lengkap. Jangan lupa, pakai topeng muka dan bawa hand sanitizer ya!

6. MOHON MAAF, DOA, RESTU DARI IBU BAPA & GURU

Untuk lebih berkat, mohon maaf, doa dan restu dari ibu bapa serta guru anda. Sesungguhnya semua ini memudahkan anda untuk menjawab soalan peperiksaan SPM dan ilmu yang dipelajari lebih berkat.

7. MEMBACA DOA

Jangan lupa untuk membaca doa setiap hari dan sebelum masuk ke dewan peperiksaan.

Setiap agama pastinya menggalakkan anda untuk berdoa dan amalkan doa mengikut agama masing-masing.

7 Petua Skor A Dengan Cemerlang Sebelum Peperiksaan SPM

 

Baca juga: DidikTV KPM, Rujuk Jadual Siaran Bermula 17 Februari 2022

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda dan semoga urusan menjawab peperiksaan anda dipermudahkan.

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
Comments
Loading...