Bagi anda yang baru menamatkan pengajian dari universiti, anda boleh terus membuat persiapan dengan melengkapkan resume dan cover letter untuk memohon pekerjaan mulai sekarang.
Jika anda mempunyai kesukaran untuk menyiapkan cover letter, dikongsikan disini 7 tips mudah untuk anda.
7 Tips Membuat Cover Letter
Anda boleh gunakan tips berikut untuk menyiapkan cover letter anda.
- Masukkan maklumat peribadi
- Fokus pada bahagian pendidikan
- Senaraikan pengalaman kerja
- Senaraikan hobi dan minat yang berkaitan sahaja
- Pastikan ia sederhana tetapi padat
- Tambahkan rujukan
- Semak semula
1. Masukkan maklumat peribadi
Mulakan CV siswazah anda dengan memasukkan maklumat peribadi anda sebagai pengenalan diri. Apabila anda memasukkan maklumat peribadi di bahagian atas CV, ia menjadi salah satu perkara pertama yang akan dilihat oleh majikan. Selalunya, majikan hanya mengimbas resume sahaja. Untuk menarik perhatian mereka jadikan ia sebagai pernyataan pembukaan yang menarik. Rangkumkan dengan tiga perkara ini iaitu :
- Apa yang anda tawarkan kepada majikan?
- Di tahap manakah anda kerjaya anda di masa akan datang?
- Siapa anda di masa akan datang?
Anda juga harus menyesuaikan pernyataan anda dengan jawatan yang dipohon. Sebutkan beberapa perincian mengenai pekerjaan atau syarikat tersebut supaya majikan tahu bahawa anda telah membuat penyelidikan tentang jawatan yang dipohon dan sangat berminat dengan jawatan tersebut.
Contoh: “Saya merupakan graduan Ijazah Reka Bentuk Grafik lulusan UCLA. Saya bersemangat untuk mengubah visi kreatif menjadi kenyataan dan saya ingin menawarkan diri saya untuk bersama-sama di sebuah agensi reka bentuk yang besar dan mempunyai reputasi tinggi di mana saya dapat menyempurnakan dan mengasah kemahiran saya. ”
2. Fokus pada bahagian pendidikan
Anda mungkin belum mempunyai banyak pengalaman kerja. Jaid, fokuskan CV anda pada bahagian pendidikan anda. Buat bahagian pertama CV anda mengenai pendidikan anda, senaraikan mana-mana sekolah yang anda dalam susunan kronologi terbalik (yang terkini di atas). Senaraikan kursus tertentu yang anda ambil berkaitan dengan jawatan yang dipohon bersama dengan gred yang anda terima di dalamnya (dengan syarat ia adalah gred yang baik.) Untuk setiap kursus atau ijazah yang berkaitan, senaraikan beberapa kemahiran atau pencapaian yang anda ada.
Contoh: Sekiranya anda lulusan Sarjana Bahasa Inggeris dan memohon pekerjaan sebagai wartawan, CV anda mungkin mengandungi :
- Kepujian Bahasa Inggeris 401
- CGPA : 3.9
- Belajar meneliti dan membuat karangan di peringkat tertinggi
- Memenangi anugerah esei nasional untuk artikel mengenai perubahan iklim
- Bekerjasama rapat dengan profesor saya untuk menyunting dan menghasilkan karya terakhir saya
3. Senaraikan pengalaman kerja
Walaupun tidak bayak pengalaman kerja, masukkan sahaja sekiranya ada. Buat dengan ringkas dan nyatakan jenis pekerjaan, nama jawatan dan tugasan anda. Sekiranya anda dapat mengaitkan pengalaman kerja tersebut dengan jawatan yang dipohon itu sangat baik buat anda.
Sebagai contoh, jika anda memohon pekerjaan dalam bidang jualan, anda boleh menyatakan pengalaman anda bercakap di khalayak ramai semasa menjadi guru ganti. Pengalaman kerja sebelumnya tidak banyak berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon, tetapi beberapa kemahiran yang ada dipindahkan dan disesuaikan dengan jawatan tersebut. Jangan masukkan maklumat yang tidak berkaitan dibahagian ini sekiranya tidak ada.
4. Senaraikan hobi dan minat yang berkaitan sahaja
Masukkan hobi dan minat anda yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Ia juga akan menunjukkan anda mempunyai beberapa pengalaman dan kemahiran tertentu berdasarkan hobi dan minat anda.
Sebagai contoh, jika anda memohon pekerjaan sebagai pencipta laman web, anda boleh menyebutkan beberapa program yang telah anda cipta pada masa lapang. Sekiranya pengekodan adalah salah satu hobi anda, tambahkannya ke CV anda.
5. Pastikan sederhana tetapi padat
Pastikan isi dan idea yang dimasukkan adalah mudah dibaca dan ringkas. Jangan masukkan terlalu banyak perincian maklumat sehingga menjadi keliru untuk dibaca. Jadikan CV anda satu muka surat sahaja kerana majikan mempunyai tempoh masa yang terhad untuk membaca dan menyemak CV anda.
Pastikan reka bentuk tidak berlebihan seperti terlalubanyak warna, bentuk huruf yang sukar dibaca, huruf yang bersaiz kecil dan huruf yang di italic atau di bold tanpa sebab. Ia akan menyebabkan fokus untuk membaca isis penting CV anda akan terganggu.
6. Tambahkan rujukan
Masukkan senarai rujukan anda seperti nama pensyarah anda kerana ianya sangat relevan dengan suasana bahawa anda baru menamatkan pengajian anda. Anda juga boleh memasukkan nama majikan atau mentor ditempat lathan internship di dalam CV. Pastikan mereka mengetahui anda menjadikan mereka sebagai rujukan untuk pekerjaan anda.
7. Semak semula
Pastikan anda menyemak semula CV anda sebelum menghantarnya. Minta rakan anda untuk membaca dan menyemak sekiranya terdapat kesalahan ejaan dan kesalahan tatabahasa.
Anda perlu siapkan CV anda seawal mungkin supaya anda boleh membuat semakan dan anda mempunyai masa untuk mengubah atau membuat pembetulan.
Akhir sekali anda boleh meminta kaunselor anda untuk tolong menyemak CV anda sebelum ianya dihantar kepada bakal majikan anda.
Semoga dengan adanya 7 tips ini membantu anda untuk menyiapkan CV yang ringkas dan padat untuk anda memohon pekerjaan. Semoga berjaya.
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.