Kerja Dengan FELDA, Gaji Sehingga RM9,551. Ini Cara Mohon 8 Jawatan Kosong Yang Ditawarkan
Ada sesiapa yang sedang mencari kerja dan berminat untuk bekerja dengan FELDA?
FELDA menawarkan 8 kekosongan jawatan kepada orang ramai untuk mengisi kekosongan jawaan tersebut dan permohonan adalah secara online sahaja.
Dapatkan pautan untuk membuat permohonan jawatan disini dan buat permohonan dengan segara sebelum tarikh tutup.
TARIKH PERMOHONAN
Isi Kandungan
Anda semua boleh membuat permohonan mengikut tarikh berikut:
- 18 Oktober 2021 hingga 25 Oktober 2021
8 JENIS JAWATAN DI FELDA
8 jenis jawatan yang ditawarkan FELDA terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu:
1. KUMPULAN PENGURUSAN & PROFESIONAL
- Pegawai Pertanian
- Pegawai Tadbir
2. KUMPULAN PELAKSANA
- Penolong Pegawai Rancangan Tanah
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)
- Setiausaha Pejabat
- Pegawai Khidmat Pelanggan
- Penyelia Rancangan Tanah
- Pemandu Kenderaan
SYARAT UMUM PERMOHONAN
Seterusnya baca dahulu syarat umum permohonan yang anda semua perlu tahu dan syaratnya adalah seperti berikut:
- Calon mestilah Warganegara Malaysia.
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
- Pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan:
a) Had umur tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 50 tahun;
b) Had umur pelantikan bagi Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
i. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 55 atau 56 tahun; atau
ii. Berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 58 tahun; atau
iii. Berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan wajib 60 tahun. - Calon yang sedang atau pernah berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan perlu mengemukakan SALINAN REKOD KENYATAAN PERKHIDMATAN (RKP) yang telah disahkan untuk temuduga. Calon yang tidak mengemukakan salinan RKP TIDAK DIBENARKAN untuk menduduki temuduga.
- Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syaratsyarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
- Bagi tujuan pelantikan ke Perkhidmatan Awam, calon yang memohon jawatan yang mensyaratkan kelayakan masuk Sijil Pelajaran Malaysia perlu memiliki sekurang-kurangnya keputusan berikut:
a) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
b) Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
c) Memenuhi syarat kelayakan Bahasa Melayu iaitu Kepujian dan subjek-subjek tertentu seperti mana yang disyaratkan dalam skim perkhidmatan.
Dapatkan syarat-syarat khusus jawatan disini.
CARA MOHON
Buat permohonan anda dilaman web rasmi FELDA dipautan berikut:
- Klik pada DAFTAR BARU dan buat pendaftaran
- Log masuk dengan menggunakan emel dan kata laluan yang telah anda daftar.
- Buat permohonan.
Baca juga: myfuturejobs.gov.my Login: Cara Daftar Permohonan Penjana Kerjaya
MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan 8 jawatan kosong FELDA sila dapatkan di:
Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.