Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

9 Golongan Tidak Sesuai Terima Vaksin Covid-19 Keluaran Pfizer Comirnaty

1,575

Kerajaan Malaysia telah mengambil langkah mencegah penularan wabak Covid-19 dengan lebih serius dengan pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara 3 fasa mengikut keutamaan.

Golongan frontliner akan terlibat pada fasa pertama menerima vaksin, seterusnya golongan warga emas dan rentan dan akhir sekali adalah golongan dewasa yang berumur 18 tahun ke atas.

Rujuk: 3 Fasa Pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Bermula Akhir Februari

Tetapi anda semua harus alert di mana terdapat 9 golongan yang tidak sesuai untuk menerima vaksin keluaran Pfizer Comirnaty. Adakah anda termasuk dalam golongan tersebut? Jom buat semakan.

INFO RINGKAS VAKSIN PFIZER COMIRNATY

  • Vaksin Comirnaty adalah menggunakan teknologi vaksin jenis mRNA (messanger ribonucleic acid). Vaksin mRNA terdiri daripada jujukan genetik yang diselaputi oleh bahan yang boleh melindungi mRNA daripada tindakbalas enzim di dalam badan dan memastikan mRNA dapat memasuki sel imun tertentu seperti sel dendritic dan makrofaj di dalam nodul limpa yang berdekatan kawasan suntikan.
  • Vaksin mRNA akan menterjemahkan jujukan genetiK untuk menghasilkan protein tertentu COVID-19 yang unik yang dikenali sebagai “spike protein”. “Spike protein” ini boleh merangsang imuniti badan tanpa menyebabkan penyakit. Vaksin mRNA akan dimusnahkan oleh enzim di dalam sel selepas “spike protein” dihasilkan.
  • Jujukan mRNA ini tidak memasuki nukleus dan tidak melibatkan bahan genetik DNA di dalam sel. “Spike protein” yang dihasilkan oleh vaksin mRNA akan merangsang pembentukan antibodi yang spesifik terhadap COVID-19 dan boleh bertindakbalas sekiranya terdapat jangkitan COVID-19 pada masa akan datang.

9 GOLONGAN YANG TIDAK SESUAI MENERIMA VAKSIN PFIZER COMIRNATY

Terdapat 9 golongan yang tidak sesuai menerima vaksin Pfizer Comirnaty:

  1. Individu mempunyai sejarah alahan/alergi yang serius (cnth: anafilaksis) terhadap makanan/ubat/persekitaran sehingga memerlukan rawatan hospital.
  2. Individu yang mengalami alahan/alergi yang serius selepas menerima dos pertama vaksin Comirnaty.
  3. Individu yang menjalani transplan/pemindahan organ seperti buah pinggang atau sel stem darah dalam masa 3 bulan sebelum divaksinasi.
  4. Individu yang sedang menjalani rawatan kanser seperti kemoterapi, radioterapi, imunoterapi.
  5. Individu yang mengidap penyakit HIV dengan sel darah putih CD4 < 200 cells/mL
  6. Ibu yang mengandung atau merancang untuk hamil
  7. Individu yang sedang demam disebabkan jangkitan virus/bakteria
  8. Individu yang menerima rawatan antibodi monoclonal atau plasma darah sebagai rawatan untuk COVID-19 dalam masa 3 bulan sebelum divaksinasi
  9. Individu yang mempunyai sel darah platelet yang rendah (< 50,000 per microlitre)

9 Golongan Tidak Sesuai Terima Vaksin Covid-19 Keluaran Pfizer Comirnaty

KESAN SAMPINGAN VAKSIN PFIZER COMIRNATY

Kesan sampingan yang boleh berlaku selepas diberikan suntikan vaksin Pfizer Comirnaty adalah:

  • Sakit pada kawasan suntikan
  • Sakit kepala/ pening
  • Sakit otot
  • Demam / menggigil
  • Sakit sendi
  • Bengkak pada Kawasan suntikan
  • Loya / rasa ingin muntah
  • Rasa lesu
  • Bengkak kelenjar nodus limpa

PATUHI SOP SELEPAS VAKSINASI

Walaupun anda telah divaksin, anda masih lagi perlu patuhi SOP kerana:

  • Selepas vaksinasi Comirnaty, badan memerlukan beberapa minggu untuk menghasilkan antibodi spesifik terhadap virus SARS-CoV-2 dan ianya boleh terdedah kepada jangkitan virus tersebut. Oleh yang demikian, perlu meneruskan norma baharu iaitu amalkan 3W dan elakkan 3C.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi CPRC pada nombor yang tertera:

9 Golongan Tidak Sesuai Terima Vaksin Covid-19 Keluaran Pfizer Comirnaty

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...