Info Kini Malaysia Untuk Malaysian

Isi Borang Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Percuma! Tiada Bayaran Dikenakan

2,522

Tidak semua pemohon BPR 2021 tahu untuk mengisi borang permohonan secara online dan golongan ini perlu mengisi borang permohonan secara manual sahaja.

Berikutan hal ini, terdapat pihak tertentu yang cuba megambil kesempatan dengan menyediakan perkhidmatan pengisian borang permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).

Baca juga: Ini Cara Paling Simple Untuk Upload Dokumen Semasa Permohonan BPR 2021

Malahan, pihak ini menangguk di air yang keruh dengan mengenakan bayaran atas khidmat perkhidmatan pengisian borang permohonan BPR 2021.

Namun ingat, permohonan BPR adalah percuma dan tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pemohon.

TIADA KHIDMAT PENGISIAN BORANG BPR OLEH LHDN

LHDN menegaskan bahawa mereka:

  • Tidak pernah melantik mana-mana pihak untuk memberikan khidmat pengisian borang BPR itu.
  • Setiap permohonan yang diterima secara dalam talian mahupun borang kertas, disemak mengikut prosedur ditetapkan serta tiada keistimewaan diberikan.

PERMOHONAN BPR 2021 PERCUMA & TIADA BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, permohonan BPR 2021 adalah PERCUMA dan tiada bayaran dikenakan ketika mengisi permohonan.

TARIKH PENDAFTARAN DAN PERMOHONAN BPR

Pendaftaran baru untuk BPR telah dibuka pada:

  • 15 Januari 2021 hingga 15 Februari 2021 (tarikh tutup tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

TARIKH BAYARAN BPR 2021

Mengikut kenyataan pihak LHDN melalui soalan lazim yang dikeluarkan pada tarikh 20 Januari 2021, bayaran BPR 2021 adalah seperti berikut:

  • Penghujung Februari 2021

Pembayaran Fasa Pertama BPR 2021 akan dibuat kepada penerima yang sedia lulus pada BSH 2020 / BPN 2.0 termasuk pemohon rayuan iaitu isi rumah dan bujang.

CARA SEMAK NAMA DALAM SISTEM PERMOHONAN BPR 2021

Bagi anda yang telah membuat permohonan BPR 2021, anda boleh membuat semakan nama dalam sistem permohonan melalui:

Tutorial Cara Kemaskini Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Langkah Demi Langkah

Rujuk: Cara Semak Nama Ada Dalam Sistem BPR 2021 Atau Tidak, Langkah Demi Langkah

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai permohonan BPR, anda boleh menghubungi talian Hotline BPR LHDN Malaysia di saluran berikut:

SUMBER

Nak Info Ke Email Anda?
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Terkini Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
You might also like
Comments
Loading...